IKAN

Ikan Keli Bakar

3:40 PM

Ikan keli bakar? Ikan keli panggang? Semuanya sama je. Resepi ni senang je tapi sedap. My mom selalu masak dengan pecahkan serai dan rendam dalam bawang putih hiris dan minyak. Lepas tu hempas-hempaskan serai ke atas ikan yang dibakar. Kaedah ni supaya ikan yang dipanggang guna arang tak menjadi kering. Kaedahnya sama macam bakar sate tu. Tapi aku tak buat gitu la, bakar je terus. Siap bakar, makan dengan air asam memang lazat tak terkata. Time meratah tu yang paling aku suka!

Resepi: mel

IKAN KELI BAKAR

Bahan
2 ekor ikan keli
Garam
Kunyit

Kaedah
1. Lumur garam dan kunyit pada ikan keli
2. Bakar di atas dapur hingga masak

Dah ada ikan keli bakar yang sedap, haruslah ada air asam juga. Air asam entri ni versi hubby punya. Aku punya version air asam ada di sini ye

AIR ASAM

Bahan
1 sb asam jawa
*1 bj bawang merah
*1 ulas bawang putih
*5 bj cili padi
*1/4 bj tomato
*1 in belacan 
1 bj limau kasturi
1/2 cwn air suam
Gula
Garam

Kaedah
1. Bancuh asam jawa dalam air suam hingga sebati. Buang bijinya
2.Kisar kesemua bahan * bersama air asam jawa tadi
3. Campurkan sedikit garam, gula dan perahkan limau kasturi


You Might Also Like

0 comment