AYAM

Ayam Panggang Madu

8:23 AM

Sajian ni memang selalu buat coz hubby suka. Lagipun tak guna sebarang minyak. Jadi sihat sikit sajiannya. Nak buat pun senang je tapi kena perap lama sikit supaya rasa madu meresap dalam ayam. Kalau sekejap je perap, masa makan manis madunya tak berapa rasa. Boleh juga letak madu masa bakar ayam. Resepi tak ingat ambil di mana tapi memang sedap!

AYAM PANGGANG MADU

Bahan
3 ketul ayam- dibersihkan
*1 in halia
*4 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
1 sb sos tiram- kalau nak pedas letak lebih
1 sb kicap manis
1 1/2 sudu madu
1 sb lada hitam
1 sk serbuk Rosemary
Garam
Serbuk kunyit

Kaedah
1. Lumur ayam dengan bahan tumbuk (*) dan semua bahan lain. Gaul rata
2. Perap selama 4-6 jam. Lagi lama lagi sedap.
3. Bakar diatas bara api sehingga masak. Kalau bakar dlm oven, rasanya kurang sedap berbanding bakar atas bara api k.


You Might Also Like

0 comment