RESEPI

Sayur Rebung Masak Lemak Cili Padi

9:15 AM

Assalamualaikum. Kalau di kampung, rebung dijual dalam paket berisi air. Siap dah potong kecil-kecil lagi. Tapi kat Teluk Panglima Garangni memang tak jumpa langsung paket camtu. Cari punya cari rupanya dijual sebatang-batang. Dari dulu memang suka makan rebung dimasak sebegini. Bila pedas-pedas lagilah suka. Lagi-lagi makan dengan ikan masin sepat. Perghhh...sedap sangattt..

Resepi: mel

SAYUR REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan:
1/2 btg rebung - potong kecil-kecil
*3 bj bawang merah
*6 bj cili padi
*Sedikit ikan bilis
1 cwn santan pekat
1 cwn santan cair
*1 in kunyit/serbuk kunyit 
Garam

Kaedah:
1. Rebus rebung dlm seperiuk air hingga lembut. Toskan
2. Tumis bahan tumbuk * dalam sedikit minyak
3. Masukkan rebung. Kacau
4. Masukkan santan cair. Biarkan seketika
5. Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Sesuaikan rasa
6. Hidang

You Might Also Like

0 comment