RESEPI

Asam Pedas Keladi

8:10 AM

Beli keladi ni kat pasar malam.
RM 1 only! Beli terus sebab jarang ada keladi jual di pasar  ni.
Hubby tak pernah makan jadi memang tak tahu kena ke tak dengan seleranya.

Tapi sekali dah masak, selera betul dia makan. Aku guna asam jawa sebab tu aku panggil asam pedas dan bukan asam rebus. Mak aku guna asam keping.
Lada hitam tu aku saja letak, bagi 'kick' sikit, kalau tak letak pun tak pe. Sedap juga!

Resepi: mel

ASAM PEDAS KELADI

Bahan-bahan:
1 batang keladi - sederhana besar
*1 sb cili kisar
*1/4 bawang besar
*1 ulas bawang putih
2 bj cili padi - ketuk
1 bj tomato - potong 6
1 sk lada hitam
1 mangkuk kecil air asam jawa
Daun kesum
Garam

Kaedah:
1. Siat kulit keladi , potong kecil-kecil dan basuh. Rebus seketika keladi bersama sedikit garam. Buang air rebusan dan toskan.
2. Masukkan air baru ke dalam periuk keladi.
3. Masukkan bahan kisar (*) dan lada hitam. Kacau
4. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, tomato dan daun kesum. Masak seketika
5. Sesuaikan rasa. Hidang

You Might Also Like

0 comment