RESEPI

Sup Ketam

8:08 AM

Sup ketam ni jarang buat walaupun menjadi kesukaan. Ketam pun jarang ada. Kalau tiba musim ketam bertelur, banyak betul isinya. Kenyang makan walaupun seekor. Tapi bila musimnya dah habis, ketam yang ada pun isinya sikit sahaja. Berat cengkerang luar saja. Aku pula hanya boleh makan ketam merah. Yang warna biru aku alergik. Tak pasti kenapa dalam dunia ni aku alergik pada ketam biru sahaja. Habis gatal-gatal satu badan kalau makan.

Jadi, kalau masak ketam pun, hubby saja boleh makan. Aku guna resepi mak aku yang memang dari kecil aku makan. Sedap nih!

SUP KETAM
Resepi: mel

Bawang goreng
1. Gaul hirisan bawang goreng bersama garam
2. Goreng garingdi dalam sedikit minyak

Bahan
1 ekor ketam - ketuk bhgn keras before masak
3 bj bawang merah - utk dibuat bawang goreng
2 bj bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 in halia*
2 cwn air
Garam
Daun sup
Minyak

Kaedah
1. Masukkan ketam yg dibersihkan dlm periuk berisi air.
2. Masukkan bahan hiris (*)
3. Masukkan garam
4. Setelah masak, masukkan hasil gorengan bawang bersama dengan minyak gorengan ke dalam periuk dan daun sup
5. Hidang

You Might Also Like

0 comment