NASI

Nasi Ulam

2:43 PM



Hari tu tonton Chef Wan masak nasi ulam ni dalam satu rancangan pe ntah..memg xingat coz ingat resepi je.Tengok dia buat macam sedap je. xpenah rasa k.Google resepi lain macam yang chef wan buat.. Tapi x sempat salin resepi, ingat-ingat lupa gitu.. Chef wan punya resepi ada sambal belacan, tapi aku tak letak. Sedap rupanya nasi ulam ni, macam makan nasi putih dengan pelbagai ulam.. Boleh gitu? Resepi yang memang sihat!


Resepi : Nasi Ulam


Bahan Nasi
2 cwn beras
1 sk kunyit
1 sk garam
2 cwn santan pekat
1 cwn santan pekat
2 helai daun pandan

Bahan Ulam
*3 sb kerisik
*1 cwn kelapa parut/kering
*4 bj limau nipis
*4 ekor ikan kembung/ikan lain pn boleh
*1 sb lada hitam
1 btg serai
1 helai daun pandan
2 cm halia
1 helai daun kunyit
2 btg bunga kantan
3 helai daun limau purut
2 btg kacang botol
2 btg cili merah
3 bj cili padi
Segenggam daun kesum
Segenggam daun cekur
Segenggam daun ketumbar
Segenggam daun pudina




Kaedah
1. Beras dimasak bersama-sama bahan-bahan nasi.
2. Ikan kembung digoreng bersama garam dan kunyit. Siat-siat isi ikan kecil-kecil setelah siap digoreng.
3. Potong/hiris halus semua bahan ulam kecuali bahan (*). 
4. Campurkan nasi dan bahan ulam. Gaul rata
5. Masukkan bahan (*). Limau diperah.
6. Sesuaikan rasa dan masukkan sedikit gula jika mahu.
7. Hidangkan bersama keropok ikan atau ayam goreng.

p.s: Jika ada sambal belacan, boleh digaul bersama nasi.

You Might Also Like

1 comment

  1. ermmm boleh tahan gak ideanya tu..tahniah dan terima kasih sudi share info :)

    ReplyDelete