NASI

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

1:44 PM

Biasanya tengok resepi di blog masakan semuanya nampak sedap-sedap belaka. Tapi itulah yang payahnya bila hidup rezekinya masih berdua, jiran pun hujung minggu tiada di rumah. Nak masak banyak kang membazir, jadi masak sikit-sikit dan yang mudah sahaja. Nasi goreng kailan ikan masin yang memang menjadi kebisaan jika tidak tahu mahu masak apa di rumah. Memandangkan baru pulang dari Terengganu melawat mentua, bolehlah dihidangkan sekali dengan keropok keping yang menjadi kegemaran tidak kira sebagai kudapan mahupun sajian minum petang. 

Bahan
2 cwn nasi putih
1 keping ikan talang masin - potong kecil
Segenggam kailan
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 bj cili padi
* 2 in belacan - dibakar
* 1 sb ikan bilis
3 sb minyak
Garam

Kaedah
1. Goreng ikan talang masin dalam minyak seketika.
2. Masukkan bahan tumbuk (*). Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sayur kailan dan nasi.Kacau sebati
4. Sesuaikan rasa
5. Hidang bersama ayam goreng atau keropok keping

You Might Also Like

0 comment