IKAN

Cencaru belah belakang

9:59 AM


Assalamualaikum.
Rasanya semua orang tahu kot masak hidangan ni. Simple tetapi sangat-sangat menyelerakan.
Lagi-lagi kalau goreng garing-garing dan ada cili pedas-pedas..sedap woooo!
Hidangan ni aku masak masa mula-mula kahwin dulu.
Terus hubby terjatuh cinta pada ikan cencaru masak sebegini..hihi

IKAN CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan:
1 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang
*1 bj cili merah
*7 bj cili padi
*2 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih

Kaedah:
1. Tumbuk semua bahan bertanda (*)
2. Lumur ikan cencaru dengan garam dan serbuk kunyit
3. Masukkan bahan tumbuk. *Boleh ikat ikan dengan benang jika tidak mahu bahan tumbuk terkeluar.
4. Goreng dalam api sederhana perlahan sehingga masak
5. Hidang

You Might Also Like

0 comment