AYAM

Ayam Goreng Kunyit Berlada

7:04 PM

Biasa dah buat ayam goreng kunyit tapi yang ni lain sikit sebab guna resepi sendiri dan main campur-campur bahan.. Semuanya sebab malas nak google resepi. Biasanya goreng ayam dengan cili dan bawang je tapi yang ni memg totally different sebab dimasak agak pedas dan basah. Bagi yang suka pedas, resepi ni memang pembuka selera. Sedap!

Resepi: mel

AYAM GORENG KUNYIT BERLADA

Bahan:
2 ketul ayam - potong kecil
1 btg cili merah - hiris
1 labu bwg besar - hiris
Mix vege (Jagung manis, kacang panjang -  ikut suka nk letak berapa. Potong serong)
Garam
Serbuk kunyit

Bahan tumbuk:
2 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
2 bj cili padi - terpulang pd tahap kepedasan cili
1 in kunyit hidup

Kaedah:
1. Ayam dibersihkan dan dilumur dengan garam dan sedikit kunyit. Goreng hingga masak. Angkat
2. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
3. Masukkan ayam. Kacau.
4. Letak sedikit air jika mahu berkuah. Masukkan mix vege.
5. Masukkan bawang besar dan cili merah. Tambah serbuk kunyit jika mahu.
6. Sesuaikan rasa n angkat.

You Might Also Like

0 comment