AIS KRIM

Rendang Ayam

8:11 AM

Teringin nak makan rendang dengan ketupat. Apelagi buat sendiri pagi semalam. Hasilnya, superb!!tapi mestilah tak boleh lawan air tangan mak sendiri kan. Makanlah dengan ketupat nasi ADABI. Nak buat ketupat tak reti. Ketupat daun palas retilah. Jalan pintas, rebus ketupat nasi segera. Siap! Rendang ni dimakan dengan nasi impit memang mengembalikan nostalgia ketika berhari raya. Oh! Aku rindu..cewahhh

RENDANG AYAM

Bahan:                                              
1/4 ekor ayam - potong kecil         
1 btg serai-hiris/ketuk                     
*1sk ketumbar                               
*1 sk jintan manis                          
*1 sk jintan putih                          
*1 sk lada hitam                             
*3 bj buah pelaga - buang biji           
*1 btg  kulit kayu manis
1 sb kerisik
1 sb gula
1 helai daun kunyit- hiris
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
Garam

Bahan kisar:
10 bj cili kering
1 in kunyit hidup
1 in lengkuas
2 in halia
1/2 labu bawang besar
8 bj bawang merah
6 bj bawang putih

Kaedah:
1. Ayam dibersihkan dan digoreng hingga 1/2 masak.
2. Tumis bahan (*). Setelah garing masukkan serai.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Kacau.
5. Masukkan santan cair dan biarkan sebentar.
6. Masukkan kerisik dan gula.
7. Masukkan santan pekat.
8. Setelah sebati, sesuaikan rasa dan masukkan daun kunyit.
9. Hidangkan

Lebihan makanan/leftover buat bubur kacang hijau hari tu, aku isi dalam plastik aiskrim dan jadilah aiskrim Malaysia..Sedap dan x membazir!! ^_~

You Might Also Like

0 comment