IKAN

Singgang Ikan

7:04 AM

Memandangkan aku ni kahwin dengan orang Terengganu, jadi bab menyinggang ikan ni aku kena tahu. Jadi kenalah belajar masak singgang.. Lepas kahwin baru aku belajar masak singgang ni sebab aku tak pernah tahu pun ada hidangan sebegini. Hubby gemar betul kalau ikan dimasak singgang. Cuma aku x berapa gemar sangat coz rasa macam orang malas je masak.. Mana xnya, masuk je sekali suma bahan dalam periuk.. Tapi itulah, nampak je mudah tapi sebenarnya susah nak masak singgang. Kalau terlebih/terkurang bahan, memang tak sedap. Dalam erti kata lain, bukan semua orang boleh masak singgang sedap...

SINGGANG IKAN

Bahan:
2 ekor ikan kembung/selayang
2 ulas bawang putih - ketuk
1 in halia - hiris
1 in kunyit hidup - hiris
1 in lengkuas - hiris
1 keping kecil asam gelugur
2 bj cili padi - bergantung pd kepedasan cili. guna cili burung, letak skit jela
Air
Garam

Kaedah
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali garam.
2. Setelah mendidih, sesuaikan rasa
3. Hidang


Roomate aku dulu budak Kelantan, jadi kaedah ikan sebegini dia yang ajar. Aku tak berapa suka makan ikan yang direbus. Tasteless! Jadi ikan tu boleh letak garam, kunyit dan tepung jagung. Lepas tu boleh digoreng garing. So, setiap kali aku teringin hirup kuah ikan singgang, aku masak lah tapi ikannya aku goreng. Jadi, kuah pun habis dihirup, ikan pun licin dimakan. Takdelah membazir.

You Might Also Like

0 comment