AYAM

Nasi Ayam Tanpa Madu

3:09 PM


Ayam dah tak tau nak masak pe. Penah buat dh nasi ayam tp kali ni nak cuba resepi org lain plak. Resepi amik kat SINI. n hubby suka sgt..Cuma ada beberapa part yg aku ubah2 skit la cz madu xder, n byk gak bhn xder, so byk yg x sama ng resepi ni. Aku letak herba rosemary bfre bakar cz suka ngan baunya. Goreng pon boleh tp nk kurangkan hubby makan makanan berminyak, jd bakar la..kalau buat betul2 ikut resepi akak ni mesti lain rasanya...apepun wlu lain skit dr resepi asal, yg penting sedappp..uhuhu

Resepi Nasi Ayam Madu
  • 4 cawan beras siam / basmathi - aku guna beras biasa je
  • 1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) - aku guna 1/4 ayam je cz 2 org mkn je kn.
  • 1 kiub ayam
  • 1 ½ inci halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar madu - xletak
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak bijan - xletak
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar penuh mentega/marjerin - xletak cz xsuka bau mentega
  • kulit kayu manis
  • daun pandan - xletak

Cara penyediaan
1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih  hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi, panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan. Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh. Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

Untuk Sos kicap
  • kicap manis
  • sos tiram
  • minyak bijan
  • sedikit sup
* Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan…. boleh jugak dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. sedia untuk dihidangkan.


Untuk sos lada/ sos cili
  • 8 -10 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3/4 inci halia
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 – 4  sudu makan penuh gula
  • 4  sudu makan cuka
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 sudu makan sos ikan ( jika suka )
* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur… sesuaikan rasa kemudian sedia utk dihidangkan.

You Might Also Like

0 comment