KUIH

Apam Balik

9:11 AM

Assalamualaikum. Belek-belek majalah, nampak apam balik. Macam sedap tapi mana nak cari petang-petang ni. Bukan ada pasar pun nak beli. Lama dah tak makan. Buat punya buat dapat la sekeping je. So, cukupla tuk 2 orang makan. Senang dan mudah rupanya buat apam balik ni. Bahan pun x banyak nak kena sediakan cuma kena rajin-rajin kan turun ke dapur jela. Memg x penah buat tapi kalau x mulakan langkah pertama nak buat, sampai bila-bila pun x buat kan. Oleh keranaa ku ni gilakan jagung dan kacang, jadi banyaklah jagung dan kacang diletak sampai melimpah ruah.. Ehehe.. Hubby kata sedap ok!!!

APAM BALIK

Bahan:                                
1 cwn tepung gandum         
1/2 cwn gula                      
1 st soda bikarbonat          
1 st baking powder       
1 bj telur                 
1/2 cwn susu segar           
Sedikit planta                   
Sedikit vanilla

Bahan tabur:
Gula
Kacang digoreng dan ditumbuk kasar
Jagung dalam tin - krim punya

Kaedah:
1. Mesin gula dan telur hingga kembang.
2. Masukkan soda, b.powder, susu dan vanilla
3. Masuk tepung dan kacau hingga adunan pekat
4. Oleskan planta pada kuali non stick
5. Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan
6. Apabila hampir masak, taburkan bahan tabur
7. Lipat dua dan angkat.

You Might Also Like

0 comment