NASI

Nasi Goreng Ayam

9:04 AM


01 01 11...mesti ramai yang kawen, tunang @ nikah rini.. Tarikh yang cantik dan hari ni pun cuti tapi laling i macam biasa takde cuti. Azam tahun lepas satu je tak tercapai jadi bawa ke tahun ni. So ada 1 azam baru dan 1 azam lama.. Malam tadi cuba satu lagi resepi masak ayam. Banyak kali masak ayam dah tak tau nak masak ape dah. Mulanya nak masak nasi goreng ayam tapi tiada resepi yang menarik pula masa google..Sudahnya suka hati masak je. asalkan licin..hahaha

resepi: mel

NASI GORENG AYAM

Bahan2:
200g daging ayam tanpa tulang- potong kecik
1 bj bawang besar- hiris nipis
2 sb kicap- kicap ape pun boleh. aku guna kicap manis
1 sb sos tiram
Mix vege - aku masukkan hirisan kubis bulat
Daun ketumbar
Garam dan kunyit
Minyak
Air

Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
4 bj bawang merah
2 bj bawang putih
3 in halia
4 bj cili padi

Kaedah:
1. Ayam yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan kunyit. Goreng ayam sampai separuh masak atau goreng garing pun boleh. Angkat dan toskan.
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan bawang besar. Kacau rata. Masukkan air agar bahan kisar meresap dalam ayam. Biarkan sebentar.
4. Kemudian, masukkan mix vege, kicap dan sos tiram. Kacau rata.
5. Masukkan nasi putih dan kacau.
6. Masukkan daun ketumbar dan garam.
7. Hidangkan bersama timun dan bawang goreng

You Might Also Like

0 comment