AYAM

Ayam Masak Serai

8:44 AM


Second time cuba masak. Kali pertama masak dulu buat kering tapi 2nd time buat basah atau berkuah coz nanti tercekik pula makan nasi tanpa kuah... Wangi dengan serainya masa masak. Nak makan memang selera..Sedap menjamu ayam masak sebegini. Aku masak 4 ketul saja. Cukuplah untuk dua orang sekali makan.

AYAM MASAK SERAI

Bahan:
500g ayam
5 btg serai
Sekeping asam keping
1 labu bawang besar - guna 1/2 je..hiris nipis
Garam dan kunyit
Minyak
Air

Bahan kisar:

6 tangkai cili kering
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
3 in halia
4 bj cili padi

Kaedah:
1. Lumur ayam yg telah dibersihkan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam api yang sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, serai, asam keping dan bawang besar. Kacau hingga rata.
4. Masukkan sedikit air. Kacau dalam api yang perlahan dan tutup (supaya bau serai resap dalam ayam).
5. Sesuaikan rasa dan angkat.
6. Hidang dengan nasi putih panas ye..Sedap!!!

You Might Also Like

0 comment