RESEPI

Udang Masak Lemak Cili Padi

2:45 PM

Udang ni main masak je. Tiada yang special tapi kesedapannya bertambah juga makan nasi

Resepi: mel

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan:
300g udang minyak (udang galah lagi sedap)
Santan kelapa
Daun kunyit - hiris
Kunyit serbuk 
Garam secukupnya
Minyak

Tumbuk:
5 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 in halia
9 tangkai cili padi

Cara-cara:
1. Goreng udang yang diletak garam dan kunyit hingga separa masak.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan udang dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan santan dan kunyit sedikit. Kacau dan biarkan seketika
5. Masukkan daun kunyit dan garam secukupnya.
6. Hidangkan

You Might Also Like

0 comment