NASI

Nasi Goreng Daging

11:40 AM


Sebenarnya tak tau nak masak ape time malam-malam... Hubby pun request masak nasi goreng daging ni after tengok picture dari blog kak hana.. Hubby ni senang je bila tanya dia nak makan pe, tunjuk gambar hidangan cantik-cantik confirm itu yang dia suruh masak. Aku suka nasi goreng ni, rasa daging dan pedas. Sedap!

NASI GORENG DAGING

Bahan-bahan
  •  4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - cincang
  • Segenggam mix vege
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

You Might Also Like

0 comment