Tuaian Labu


Assalamualaikum. Alhamdulillah labu yang ditanam sejak bulan Mac sudah boleh dituai. Saat entry ni ditulis, kesemua labu tersebut sudah habis dijual. Mel ambil sebiji je, untuk dibuat sayur dan bubur. Jumlah kesemua tuaian sebanyak 19 biji.


Penanaman labu ni adalah sekadar suka2. Hubby korek satu lubang dan masukkan semua biji labu dalamnya. Lepas tu kambus. Tak dijaga mahupun disiram. Dibiarkan sahaja hidup sendiri. Oleh kerana ditanam di dalam timbunan kompos, hasil labunya sangatlah besar dibandingkan dengan tanaman labu dahulu. SubhanAllah. Mel sendiri tak pernah lihat labu sebesar itu.

Orang gaji mel pun tak larat nak angkut labu banyak2. Jenis labu ni berbeza dengan yang dahulu. Bulat dan besar. Sebiji labu ni dianggarkan dalam 2-5kg. Jual murah sahaja. Itu yang menjadi rebutan penduduk di sini.

Lagipun kata orang gaji mel, labu ini lebih mahal dan sedap berbanding labu lonjong tu. Itu yang ramai orang suka.


Dah habis tuai semua labu, rupa2nya ada banyak lagi buah yang masih kecil dan sedang membesar. Nampaknya ada lagi rezeki untuk orang2 di sini mendapat labu dengan harga yang murah. Pokok labu ni membesar dan menjalar agak jauh. Jadi hampir penuh laman depan rumah mel ni. Tapi seronok tengok buah besar2. uhuu



4 comments:

  1. Masyallah Mel..besar2 ya! ....sebiji pun tak habis mkn ni...mcm2 bole buat dgn sebiji yg besar ni...sedap pula nmpk buat msak lemak ni...

    Untung tanahnya subur kan...dapat pula org2 c2 mkn labu murah...bertuah!

    ReplyDelete
  2. Bestnya mel. kalau dekat sy pon nak beli jugak

    ReplyDelete
  3. seronoknya tengok banyak labu..paling best tanam sendiri..mesti bahagia kan nampak hasil tanaman berbuah..^_^

    ReplyDelete