Laksa Utara Special


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Laksa ni aku buat hari sabtu lepas. Tekak kebosanan asyik dijamu dengan nasi. Mahukan sesuatu yang berbeza. Kebetulan hubby cuti, jadi juadah laksa kusajikan sebagai makanan tengahari. Tetapi malamnya masih nasi jua ku masak. Lapar seharian tanpa nasi. Perut harus diisi dengan nasi juga akhirnya.

Sudah terbiasa aku buat laksa tapi entah kenapa resepi ni cukup kena dengan selera kami berdua. Masa tengah memasak hubby masuk ke dapur dan menegur 'Cantik kuahnya'! Sebagaimana kuahnya cantik, begitu jugalah rasanya. Enak dan sedap sekali. Kebetulan pagi itu aku masak nasi lemak, jadi bahan kisar masih berbaki untuk digunakan membuat laksa ni. Cuma ada beberapa bahan aku olah untuk kesesuaian bahan di dapur. Aku buat untuk hidangan 2 orang. Cukup untuk kami tambah 1-2 kali masa makan.

LAKSA UTARA SPECIAL (aku guna)

Resepi: Tulip77@MyR
Sumber: masam manis

• 2kg ikan kembung - buang ekor dan kepala 8 ekor ikan selayang
• 2btg bunga kantan - dipotong dua 1 batang bunga kantan
• 3 ikat daun kesum 5 batang daun kesum
• 3sb cili giling 2 sb bahan kisar | CLICK
• 10bj cili padi - ditumbuk halus 12 bj cili padi - ketuk
• 20 keping asam gelugor 7 keping asam gelugur
• 20gm belacan 1 sk belacan
• garam dan serbuk perasa Garam dan sedikit ajinamoto

• - Bahan-bahan ulam -
• 1 labu bawang besar
• 1bj salad buah
• 1 ikat daun selum
• 1 btg timun
• 3bj telur rebus
• 3bj limau sambal
• 1 btg bunga kantan
• Laksa sediakan seperti arahan di pek

Kaedah:

1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan dan rebus hingga hancur.
2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan dan tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun dan limau sambal dipotong dua.
7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

*Masa merebus ikan, aku guna air agak banyak. Air rebusan ikan aku tapis dulu sebelum diguna semula. Masa blend ikan aku guna air rebusan ikan yang telah ditapis tadi. Aku tak tambah/guna air lain masa masak. Semua kuah adalah air rebusan ikan. 
*Aku guna 2 keping sahaja asam keping semasa memasak kuahnya. 5 keping lagi aku buang masa menapis air rebusan ikan.

2 comments: