Tahun lepas 2011, aku ada tengok orang yang cipta produk ni datang buat promosi. Di 8tv kalau tak silap aku. Aku sampai boleh terpengaruh dengar penjelasan produk ni masa tu. Dari penjelasan dia seolah-olah produk ni sangat bagus lah. Masa tu aku menetap ni Banting-Klang, jadi Jusco Bukit Tinggi tempat ku tuju nak cari produk ni. Tapi memang takde jual. Tak kiralah di Watson, Guardian atau pusat kecantikan lain. Kiranya produk ni tak dibawa masuk ke Malaysia lagi. Yang ada pun Hada Labo. Hampa betul aku masa tu...
Memandangkan hujung tahun tu aku pindah ke Sarawak, jadi masih dalam tempoh menyesuaikan diri. So aku lupa tentang produk ni. Tapi baru-baru ni boleh pula ternampak produk ni di Watson. Suka betul aku. Tapi itulah dah jumpa produknya, tapi yang aku nak cari dah sold out masa tu. Aku sekadar beli Whitening Night Jelly saja. So far aku pakai ok je. Entahlah aku pun tak tahu ada perubahan ke tak sebab aku memang dah putih. Boleh gitu? Tapi masa pakai rasa tegang dan lembut je.
Aku ni suka try macam-macam produk sebab alhamdulillah kulit muka aku ni tak mendatangkan sebarang masalah pun. Kalau ada jerawat pun sebab aku nak period biasanya. Kalau tak, ada la bintik-bintik macam ruam tu. Jadi aku tak kisah pun cuba pelbagai pelembap, jelly la. Tapi aku selalu dengar tak boleh guna macam-macam produk nanti rosak kulit muka. Entahlah...aku pun tak tahu..
Yang bagusnya siap ada kempen untuk recycle lagi. Aku dah tahu info ni masa tonton rancangan tu. Jadi bukan setakat jual produk kecantikan tapi buat kempen sekali. Walaupun aku takde lah guna kotaknya tapi oklah sekadar menyedarkan manusia zaman sekarang tentang pentingnya recycle barang ni.
Maklumat lanjut: Naruko Malaysia
No comments:
Post a Comment