"Ada akaun fb tak?"
Takdelah
"Biar betul?"
Hmm..memang betul. Takde fb.
Aku ada akaun fb dulu tapi sehari lepas aku kahwin, aku delete akaun tu. Jangan tanya aku kenapa. Bila semua orang begitu seronok dan asyik dengan sesuatu seperti friendster dulu-dulu dan sekarang fb, jam tulah aku hilang minat. Selain dari hilang minat, banyak jugalah sebab kenapa aku tutup akaun facebook aku.
Gambar! Dulu aku suka juga upload gambar. Tak kiralah gambar aku ke, atau orang lain. Tapi ada satu hari tu terdetik di hati aku yang mana aku rasa tak patut upload semua gambar tu. Sebab aku rasa tidak membawa sebarang manfaat untuk diri aku selain mempratontonkan hidup aku. Aurat! Aku risau kot-kotlah ada antara gambar aku tu terbuka aurat tanpa aku sedari. Contohnya aku pakai baju kurung tapi dalam gambar aku terangkat lengan baju aku, confirm nampak tangan. Aku terfikir, kalau seorang lelaki yang bukan muhrim tengok aurat aku dalam gambar yang aku upload, confirm aku dapat dosa. Itu baru sorang, kalau setiap hari ada orang tengok, berapa banyak dosa aku nak kumpul? Siapa yang tanggung dosa aku? Suami aku juga. Setiap kali aku nampak ada gambar diupload, ada yang ok tapi kebanyakkannya ada nampak kaki, nampak lengan mahupun rambut. Bukan aku nak menghina sesiapa, itu hak masing-masing. Aku hanya berbicara agar diri aku sedar. Lagipun nampak aurat atau tidak pun hak masing-masing. Cuma aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa mungkin empunya badan belum mendapat hidayah lagi. Hidayah tu kan milik Allah. Satu hari insyaAllah dia akan berubah. Tapi jangan tunggu hidayah tu datang, tapi minta pada Allah hidayah tu, insyaAllah dipermudahkan. Aku banyak-banyakkan berdoa supaya dapat jaga aurat, tingkahlaku dan sentiasa berubah ke arah kebaikan.
Sekarang di alam siber ni banyak stalker atau punyai niat tak baik. Ada saja yang salahguna gambar kita. Nak edit lah atau curi. Aku bagi contoh salah satu kes gambar dicuri: aku ni cun sangat ker sampai ko curik gambar aku...??? Macam-macam boleh jadi ok! Dalam blog melinblossom ni pun sekeping gambar aku pun takde. Aku memang sengaja tak mahu letak. Bukan tak mahu orang kenal siapa aku tapi tak mahu menerima kesan buruk hasil tindakan sendiri.
Status! Aku tahu fb ni banyak bawa kebaikan juga, itu mesti semua dah tahu. Yang aku nak cakap tentang keburukan. Setiap hari nak update status, kadang-kadang status macam riak pun ada. Walaupun tak berniat nak riak sekalipun, tapi pandangan orang seolah-olah kita sengaja riak. Aku nak elak benda sebegini. Aku risau ada sifat riak tanpa disedari. Selain itu, aku pernah jumpa status seorang ibu yang sentiasa guna perkataan sial dan bodoh. Aku tak layak nak bagi pandangan tentang diri dia sebab aku tak kenal. Tapi yang aku tahu kalau selalu sebut perkataan tak baik, kat luar pun mesti dah biasa guna. Ia menjadi teladan untuk anak-anak juga. Bagaimana kalau anak dah muda remaja pastu boleh tengok status ibubapa 10-20 tahun lepas. Bolehkah dijadikan teladan? Sekarang apa-apahal aku guna fb suami aku. Kawan dia, kawan aku juga. Upload gambar ke, update status ke dah tak kencang macam dulu. Kami sentiasa jaga adab dan tingkahlaku. Jika ada yang tak kena boleh saling menegur dan membetulkan.
Masa! Aku tengok kebanyakan orang terlalu 'perlukan' fb. Pergi mana pun nak update status. Pergi mana pun nak tengok fb. Raya hari tu, pergi rumah orang aku nampak kalau tak pegang hp mesti pegang laptop/tab. Aku tak kata salah, itu sendiri punya life. Cuma aku nak kata lain benar dengan raya zaman dulu. Dulu orang ada tv saja untuk ditonton. Zaman sekarang sambil layan tetamu, sambil tu jugalah nak buka hp/laptop. Aku tak mahu buat tetamuku begitu. Seolah ada rasa kurang hormat pada tetamu yang datang untuk menziarahi. Dari melayan fb, lihat gambar orang/status orang, aku lagi seronok kalau duduk borak-borak, sembang-sembang dengan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa.
Dunia blogger ni tak besar mana. Tuhan takdirkan aku terbaca entri seseorang yang fitnah aku dalam blog dia. Aku tahu pun sebab dia letak nama aku. Sampai sekarang aku rasa dia tak tahu yang aku dah baca entri tu. Mula-mula aku sedih juga orang fitnah aku tapi aku diajar oleh suami aku agar jangan peduli tentang apa orang nak kata. Tak luak pun hidup ni dengan kata-kata orang. Bukan orang tu yang bagi kita makan mahupun rezeki. Yang penting kita tak buat salah, kita tahu hal sebenar. Lagipun aku bersyukur sebab orang lain fitnah aku, aku dapat pahala. Satu lagi kena ingat apalah sangat pandangan manusia ni, tak penting pun jika dibandingkan dengan pandangan Tuhan terhadap kita. Pesanan buat diriku dan sesiapa jua:
Allah berfirman bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya."
(Surah Al-Baqarah: 191)
Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim) ~ Halaqah
SubhanAllah, jika kita terus dizalimi tanpa si pembuat fitnah datang meminta maaf, maka di akhirat kelak pahala si pembuat fitnah akan diambil dan diberi kepada kita dan dosa kita di tanggung olehnya. Maha Suci Allah yang Maha Adil. ~ abutaufiq
Niat asal aku buat blog untuk keluarga aku dan juga manfaat orang lain. Jadi aku tak mahulah bermusuh dengan sesiapapun tak kiralah di alam maya atau realiti.
Ini pendapat aku. Pendapat aku untuk mengingatkan diri aku sendiri. Hati manusia ni kan berbeza. Pendapat pun berbeza. Aku bukanlah seorang yang alim mahupun baik sangat. Aku tak sempurna. Aku bukan seorang yang pandai dalam hal agama. Aku sedang belajar. Aku sentiasa nak belajar. Dan aku sentiasa nak jadi lebih baik. Teman aku ada yang meninggal bulan Feb hari tu, dalam usia 25 tahun. Sejak tu aku sentiasa doa agar Tuhan panjangkan umur aku, sentiasa beri aku hidayah untuk beribadah kepada Dia dan dibukakan hati aku serta orang yang kusayangi dalam beribadah. Hidup ini pendek, mana tahu lepas aku buat entri ni, Tuhan tarik nyawa aku. Aku tak mahu buat sesuatu yang akan buat aku sesal kelak.
No comments:
Post a Comment