KUIH

Puding Laici Dangdut

2:32 PM


Assalamualaikum. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'u. Takziah untuk semua yang terlibat dengan musibah banjir. Bertabahlah. Allah tahu anda kuat, sebab itu Allah timpakan pada anda. Yakini insyaAllah nanti akan diganti dengan yang lebih baik. Juga buat penerbangan QZ8501, semoga dapat ditemui seberapa segera. Amin.

Alhamdulillah setelah sekian lama nak buat puding ni, masa tun telani bertandang baru dapat buat. Untuk resepi sebenar boleh rujuk blog asal ye. Mel ni kurang suka hidangan manis sangat, jadi kali pertama buat ni, cuba jaya dulu tahap manisnya. Memang sedap. Kalau nak buat akan datang, mel ikut sukatan ni cuma tambah 1 tin laici lagi. Pasti bertambah umppphh!

Puding Laici Dangdut
Sumber: UZ 


Bahan:-
10 gram serbuk agar-agar
 
1 tin buah laici - diasingkan airnya, potong kasar
500ml air laici
1 liter air 
200g gula halus
200ml tin susu sejat

Cara Membuat:-
1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2. Tutup api dan masukkan air laici, buah laici dan susu cair, kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Biarkan wap panas hilang sebentar.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Google

Serbuk agar2 mel guna jenis ini. Ada kawan mel buat, dia ikut resepi dalam satu blog tapi jadi lembik. So mel ikut sukatan pada paket agar2 sahaja. Hasilnya sedang elok saja. Tak keras sangat dan tak lembut sangat. Selamat mencuba

You Might Also Like

1 comment

  1. Mel....selamat melangkah ke tahun 2015,,,rindu ngan mel...lama x baca blog mel...

    ReplyDelete