TTC

D&C

10:12 AM


Assalamualaikum.
Sebelum dnc tu, punyalah google sana sini cari info..masa tu baru tahu, sesuatu ilmu yang kita tak ambil peduli pun selama ni akan kita perlukan. Jadi mel kongsi pula pengalaman mel. Senang untuk sesiapa yang mencari perlukannya.

Pengalaman kali pertama keguguran memberi hikmah ilmu yang banyak. Dari sudut ini, ia bagus bukan?
Mel rangkumkan dalam bentuk Q&A berdasarkan pengalaman mel, yang mel baca, perkongsian dari doktor dan perkongsian pengalaman dari group fb.

Keguguran. Apa punca?
Antaranya blighted ovum yang tidak boleh dielakkan. Ikut nasib. Malah setiap orang berisiko,
atau masalah pembekuan darah (clotting disorder) hingga perlu mengambil aspirin,
atau GBS iaitu jangkitan vagina hingga sebabkan air ketuban leaking (tak ramai yang peka/kurang pendedahan),
atau HELLP Syndrome (mel jumpa dalam group fb ada yang alami),
atau janin tak kuat, rahim lemah atau komplikasi kromosom.
Dan pelbagai lagi punca2 lain. Maka banyak2kan cari ilmu dan membaca supaya kita lebih peka

Disahkan keguguran tapi masih ada alahan? Upt masih terang?
Selagi sac anda ada, maka hormon HCG masih ada. Jadi buat upt memang akan terang. Sesetengah orang alahan masih ada. Bila dah gugur, alahan makin menghilang. Tetapi ada sesetengah orang, mula saja mengandung tiada langsung alahan.

Apa itu D&C?
Ia adalah singkatan kepada dilation and curettage ataupun kita biasa sebut cuci rahim. Satu rawatan untuk membuang segala sisa kandungan/kandungan setelah disahkan mengalami keguguran.

Semua orang yang keguguran perlu rawatan ini tak?
Bukan semua. Ada keguguran berlaku secara semulajadi yang diikuti dengan kesakitan seperti senggugut. Berlaku bilamana janin keluar dengan sendiri dan doktor maklumkan rahim telah bersih sepenuhnya. Rawatan dnc perlu bagi kandungan yang tidak boleh keluar dengan sendiri seperti keguguran senyap (missed miscarriage), tiada tanda atau kesakitan. Atau bagi yang masih punya sisa kandungan dalam rahim.

Apa yang perlu buat sebelum pembedahan?
Puasa 6 jam sebelum rawatan.*laparrr*

Prosesnya pembedahan bagaimana?
Pengalaman mel:-
Puasa 6 jam sebelum operation - Ambil darah - Masuk air di tangan - Masuk bilik bedah - Pasang wayar di dada - Pasang OM - Bius - Tertidur*tak sedar*.

Masuk bilik bedah jam 11, keluar jam 12 tengahari. Sedar bila doktor panggil nama. Dibawa ke wad, mel tidur lagi*mengantuk tak sedar* dan berehat. Jam 2.30 petang doktor datang periksa rahim dan keadaan pengaliran darah. Doktor kata kalau dah boleh jalan, dah tak pening, dah stabil boleh keluar hospital.

Semua hospital dibius ke?
Bukan semua. tak kira swasta atau kerajaan, sama sahaja. Sebaiknya anda bertanya pada doktor. Bukan apa pengalaman rakan2, pergi hosp swasta juga ada yang tak dibius. Pergi hosp kerajaan, ada yang dibius dan ada yang tidak. Ikut nasib.

Pembedahan bagaimana?
Mel tak tahu *taksedar*.
Yang mel google ada proses seperti ERPC. Sedut kantung tu bagi keluar.
Kawan mel pula doktor tu korek2 isi dalam bagi keluar. Macamana tu, mel tak tahu. Itu yang dia kata.
Cara lain boleh baca dan google sendiri.

Bila akan sedar?
Doktor kata akan sedar 10-15 minit setelah pembedahan selesai dijalankan

Berapa lama pembedahan?
Doktor kata dalam 15-20 minit dah selesai. Yang lama tu untuk persediaan dan lain2.

Sakit tak masa pembedahan?
Tidak jika anda dibius tidak kiralah separuh atau sepenuhnya. Jika tidak dibius maka anda akan merasai kesakitan rawatan. Dan akan tahu apa yang doktor buat. Kawan mel kata lagi sakit dari bersalin. Betul atau tidak, wallahua'lam

Sakit tak selepas pembedahan? Rasa apa?
Keluar saja dari bilik bedah, rasa mengantuk. Tapi sedarlah siapa orang sekelilling, apa orang buat. Pasal sakit, mel rasa sikit saja. Rasa macam senggugut. Tapi light.

Pendarahan?
Hari rawatan dijalankan agak banyak. Berkadaran medium. Hari seterusnya light sahaja. Boleh guna pantyliner. Tempoh pendarahan menurut doktor adalah 2 minggu, ikut badan. Mel tak sampai 2 minggu dah boleh solat.

Darah tu darah apa?
Tergolong dalam darah haid. Mel ada baca itu hari tentang hujahnya. Nanti dah jumpa mel letak link.

Berapa lama kena duduk hospital?
Rakan mel buat di hosp kerajaan, kena 2 hari. Mel hari tu daftar jam 8 pagi dan jam 3.30 petang dah boleh balik. Lain tempat, lainlah tempoh rawatan.

Ada ubat tak lepas rawatan?
Ada. Mel dapat antibiotik, ubat tahan sakit dan iberet folic acid (sebab hb rendah)

Mahal tak kos rawatan?
Mel tak tahu hosp kerajaan. Kalau hosp swasta kosnya haruslah berbeza mengikut setiap hosp swasta. Mel hari tu kosnya dalam RM1500.

Rawatan susulan?
Lepas 2 minggu dari rawatan, mel jumpa doktor semula. Untuk lihat keadaan rahim samada sudah bersih sepenuhnya atau tidak. Alhamdulillah sudah. Jika tidak, haruslah mengulangi proses dnc semula.

Pantang. Perlu ke?
Perlu doktor kata. Bagi rahim yang cedera sembuh. Tapi dalam 2 minggu sahaja sebab kandungan masih 1st trimester. Ada sesetengah orang berpantang selama 44 hari macam orang bersalin. Lagi2 kandungan yang dah masuk 2nd trimester. Terpulanglah pada diri masing2 ye.

Apa yang perlu pantang?
Makanan sejuk (ais terutamanya), makanan berbisa (ikan pari etc),  makanan yang menghasilkan angin (ubi etc), cili dan pelbagai makanan yang boleh menyebabkan bentan. Elakkan juga makanan berminyak dan telur.

Macamana pantang?
Mel pakai stokin 24/7. Mandi air panas. Makan dan minuman dihidang semua panas. Semua makanan yang mel masak melibatkan ikan bilis, sawi, halia dan lada hitam. Kurangkan minyak dengan memanggang lauk, sangai atau kukus. Minyak pun guna, mel guna olive oil. Minggu pertama mel makan ikan saja. Ikan kerisi, ikan selar dan ikan siakap. Sarapan lempeng, biskut kosong, roti dan milo. Minggu kedua pantang baru mel beranikan diri makan ayam dan lauk2 lain. Tapi mel cuba satu setiap hari. Hari ini cuba makan ayam, kalau ok boleh teruskan. Kalau tak ok, kena stop la kan. Macam itu hari mel tersilap makan kek, tak banyak, sepotong pun tak sampai. Tapi sebab ada telur, esoknya senggugut dan turun darah. Tak teruk sebab mel makan sikit saja. Tapi dah tahulah badan tak boleh terima telur ketika pantang. Belajar dari kesilapan. Dan mel amalkan makan manjakani untuk 2 minggu tersebut. Losyen mustajab pati halia D'herb yang extra hot memang jadi peneman mel. Yang sengal, yang lenguh, yang rasa tak selesa semua mel letak. Terutamannya bila nak tidur. Kadang2 juga perut tak selesa, mel letak botol air panas.

Bila rahim akan sembuh?
1 bulan sekurang-kurangnya.

Bila boleh intercourse?
Lepas darah dah tiada. Terpulang pada diri dan pasangan.

Bila boleh cuba nak mengandung?
Doktor nasihat tunggu selepas 1-2 bulan. Bagi rahim sihat betul-betul. Atau lepaskan dulu sekali period. Ada yang mel baca belum pun period tiba, dah mengandung semula. Jadi terpulang kepada penerimaan badan serta emosi dan fizikal masing-masing la.

Susah ke nak lekat semula?
Terpulang kepada rezeki. Ada yang awal, lepas sebulan pun dah lekat. Ada yang makan masa bertahun baru mengandung semula. Jangan runsing-runsing, rezeki Allah yang tentukan.

Nasihat doktor?
Amalkan folic acid 3 bulan sebelum nak mengandung. Amalkan folic acid bersendirian. Bukan makan B Complex atau multivitamin kerana fikir folic acid ada dalamnya. Bukan tidak boleh, tapi doktor kata baik makan folic acid tu sorang2 la. Jika dah mengandung semula, rujuk pakar secepatnya dan peka ke atas setiap symptom dan perubahan diri

Semoga Allah beri pahala atas musibah yang ditimpakan dan Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Amin.amin.

You Might Also Like

11 comment

  1. Byk juga info berguna yg boleh dijadikan panduan...

    Wana pun pnah dgr juga org ckp proses d&c tu lebih sakit dr sakit bersalin

    Apapun, Mel terus tabah dan kuat ya..insyaallah moga Mel dikurniakan rezeki lagi.amin

    ReplyDelete
  2. tq atas info. semoga mel & hb tabah dgn ujian ini. berkat sabar pasti manis akhirnya..inshaallah.

    ReplyDelete
  3. Tq. Good n full of infomation. I having blighted ovum now. Just knew it in last 2days (itupun sbb teringin nak scan). sedey.. I am thinking of nak operate or let it keluar naturally. So far...tiada rasa sakit or bleeding..dlm kerisauan ni.

    ReplyDelete
  4. Saya pun blighted ovum, baru lepas cuci rahim. Tapi sebab dh keluar banyak sgt darah, dan tinggal sedikit je lagi dkt pangkal rahim So doc tu cuci manual tanpa bius. Melaung laa jgk dlm bilik tu, sakit hanya Tuhan je yg tahu. Semoga ada lg rezeki untuk saya dan suami. 3tahun tunggu, dh lekat blighted ovum pula, takpela kami redha. Allah sebaik baik perancang :)

    ReplyDelete
  5. Hi mel,apa yg mel bagitau semua sama mcm sy tq bagi info sy pun keguguran usia kandungan masuk 7minggu 1st trimester lah dan cuci rahim d&c juga dlm2 minggu mcm tu darah sy dah habis kluar jugak sy bt pantang dlm 2 minggu semua bab bersama mr husb pun sy x berani lg sy nak diri sampai 1 bulan..tq from chris

    ReplyDelete
  6. Hi mel,apa yg mel bagitau semua sama mcm sy tq bagi info sy pun keguguran usia kandungan masuk 7minggu 1st trimester lah dan cuci rahim d&c juga dlm2 minggu mcm tu darah sy dah habis kluar jugak sy bt pantang dlm 2 minggu semua bab bersama mr husb pun sy x berani lg sy nak diri sampai 1 bulan..tq from chris

    ReplyDelete
  7. Mel..leh x share nama.hospital..kita nk buat d&c gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat respon. Saya buat di Bintulu Medical Centre.
      Puan boleh buat di mana2 gov hosp atau swasta .

      Delete
  8. If possible can u wasap.me.mel? 0163802927

    ReplyDelete