TTC

Amanah & Ujian

9:53 AM


Assalamualaikum.
Ada yang meneka. Ada yang sememangnya tahu sendiri melalui perubahan bentuk badan. Dan ada yang terus wassap bertanya. Mel pula tidak mengkhabarkan kepada sesiapa. Lebih gemar berdiam diri. Hanya ahli keluarga sahaja yang tahu.

Alhamdulilah disahkan mengandung tak lama sebelum ulangtahun perkahwinan kami.
Hadiah istimewa dari Ilahi.

Mel mengagak hamil bila mana graf bbt mel (graf di atas) tu, suhunya tak turun2. Period yang normal tak kunjung tiba. Seminggu lebih dari tarikh period tu, 14 oct apalagi buat upt la. Naik 2 line sangat terang. Menggeletar tangan, seram sejuk rasa..kaku tengok kit upt tu..Satu lagi asyik lapar saja. Loya tu ada juga tapi tak berasa sangat..hihii

Soalan selama ini terjawab. Begitu rupanya rasa hati bila tengok 2 line keluar.
Speechless. Nangis kegembiraan atas amanah yang diberi.
Alhamdulillah.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
 

"Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." 
Surah Al-Ankabut : 2-3

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Allah punya perancangan lain buat kami. Allahuakbar.
2 bulan 2 minggu, mel disahkan keguguran.
Tiada tanda. Tiada sakit. Tiada pendarahan.

Redha..
Allah nak menguji. Belum tiba masanya.
Nanti Allah ganti dengan yang lagi baik. InsyaAllah

Apapun...
Merasa juga sayang dia 2 bulan.
Kena sabar dan kuatkan diri.
Mana tahu next month mengandung..kekeke
Nanti cuba lagi. Yeayyyy!!

You Might Also Like

3 comment

  1. wana harap mel terus tabah dan sabar ya..insyaallah wana doakan agar mel dikurniakan rezeki lagi..jangan putus asa..:)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Mel.. moga cepat dpt pengganti :) mngurut betul2kan urat dulu.. tun pun tgh2 plan bila nk gi mngurut ni. hihi..

    ps: tun dulu UPT +ve je terus gi scan. alhamdulillah rezeki nmpk awal baby sliding down, rahim x berapa kukuh. so every week amik hormon injection smp bb genap 3 bulan. mmg duit mngalir mcm hujan sbb insurans x cover. huhu..

    ReplyDelete
  3. Allah Maha Mengetahui
    salam takziah
    banyakkan rehat, tenangkan diri.smga Allah ganti dengan yg lebih baik.aamiin

    ReplyDelete