TIPS

Tips menyimpan daun saup dan kuchai

9:23 AM


Assalamualaikum. Blog melinblossom ni dah lama tak berupdate. Sejak akhir2 ini kurang masuk ke dapur. Jadi tiadalah sebarang gambar masakan diambil. Gambar menjahit juga tidak berapa ada. Lagipun tak lalu mengadap komputer dah. Hari ni boleh sikit jenguk blog, jadi inilah entri yang ada. Lepas ini tak tahu bila lagi nak update.

Mel ni keluar bandar memang sebulan 2 kali sahaja. *Jauh dan letih* Jadi segala macam sayuran haruslah bertahan selama 2 minggu. Dalam banyak2 sayur yang ditanam, daun sup lah tak pernah menjadi. Terlebih air, terkurang air, busuk lah. Memang gagal amat dalam menanamnya.uhuu

Stok daun sup dan kuchai memang kena selalu ada. Peminat tomyamlah katakan. Kekadang tu simpan elok2 dah tapi jadi lembik dan buruk sahaja bila masuk minggu kedua. Tapi dah jumpa penyelesaian baru. Simpan saja dalam freezer.


Basuhlah daun sup, daun ketumbar atau kuchai tu bersih-bersih.
Hiris ikut suka kita.
Masukkan dalam bekas simpanan. Labelkan dan masukkan dalam pembeku.
Saat nak guna, tak perlu cairkan, hanya ambil sedikit dan masukkan dalam masakan.

You Might Also Like

7 comment

  1. Bagus juga idea Mel buat macam tu kan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mel...blh cuba ni...selalu daun sup daun kucai ni beli time nak guna saja...x pernah simpan...tp kadang2 bila time nak guna x pernah ada sbb x pernah beli simpan...blh cuba cara ni...beli dan simpan dlm bekas letak dlm freezer...bila nak guna mmg dah ada...senang keja...he he he

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mellll :)

    nape? nape? nape x masuk dapur? ada ter-miss apa2 kah? xsempat nk update citer geng2 blogger. huhu....
    tun pulak teringin nk masuk dapur masak mcm2, tp last2 end up ngan campak2 apa yg plg senang je. tu pon kalu sempat, kalau xsempat mmg msg suruh husben bungkus apa2 mknn kat kedai. huhuhu

    ReplyDelete
  4. ooo.begini.thanks sis berkongsi tips didapur

    ReplyDelete
  5. Perdaunan memang kurang awet kalau nggak masuk frezer

    ReplyDelete
  6. Igt tk blh letak tempat beku, hehe, blh rupa nya

    ReplyDelete