DAGING

Sup Tulang Terbaik

9:30 AM


Assalamualaikum. Mel dan hubby memang peminat setia sup. Kalau tonton siaran tv Korea, seronok tengok mereka ada macam2 jenis sup. Teringin juga nak belajar jenis2 sup yang pelbagai tu. Yang mel tahu tomyam, sup ayam/daging/sayur, singgang dan beberapa lagi. Aiii..kena rajinkan diri cari resepi lagi nih!!

Masa Ramadan itu hari maid mel ada bagi tulang dan daging lembu. Tulang ni bahagian kepala lembu gitu. Agak sukar nak dapat tulang di sini, semua orang nak, mendapat sambutan. Jadi bila dapat ni memang suka lah hati mel dapat buat sup. Memang sedap, licin slurpp..slurpp..slurppp.. masuk mulut..uhuu

Sup Tulang Terbaik
Sumber:  kk

Bahan-bahan
2 kg tulang lembu/ kerbau
5 sudu besar rempah sup tulang
2 sup bunjut
1 sudu besar rempah kurma daging/ayam
2 buku bawang besar (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia
1 sudu asam jawa
Campuran Rempah (bunga lawang, kayu manis, pelaga, cengkih)
5 biji kentang
Daun sup dan daun bawang untuk menambah perasa
2 sudu garam

1/2 sb lada hitam - mel tambah
1/2 sb lada putih - mel tambah
1 sb kuib pati ayam - mel tambah

Cara-cara
1. Tumiskan bawang, bawang putih, campuran rempah dan halia di dalam minyak yang sedikit

2. Masukkan air dan tulang. 
3. Masukkan rempah sup dan sup, rempah kurma, sup bunjut, lada hitam, lada putih, pati ayam dan kentang. 
4. Kemudian tunggu sehingga mendidih, masukkan asam jawa. 
5. Biarkan mendidih dan masukkan garam. 
6. Sedia untuk dihidang.

You Might Also Like

1 comment

  1. Dah bnyk kali gak nmpk ada org letak rempah kurma dlm sup...sedap ye Mel...:)

    ReplyDelete