KUIH

Burger..yang sedap..

7:37 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga resepi homemade burger yang menepati selera mel sekeluarga. Sekali rujuk resepi macam rumit je. Tapi bila dah seringkali dibuat memang mudah. Tips2 yang diberi memang berguna. Menghasilkan burger yang sedap. Barangkali ramai penjual di luar sana guna beberapa tips di sini kot.. Tidak mengapalah, bagi ganjaran kebaikan pada tuan blog tu..

Kalau yang nak buat boleh tengok tips2 dari blog tu. Yang mel punya ni mel olah sendiri suka hati. Tapi tetap gunapakai tips2 dari nkc tu. Tomato mel tak letak, laling tak suka. Sedap. Memang terbaiklah!

Burger yang sedap
Sumber: nkc

Bahan A:-
1 keping daging burger Ramly 
1 bj roti burger
1 sk Margerin Planta
1 bj telur 
Mix vege - bawang besar, hirisan kubis, hirisan timun Jepun
2 sb Sos cili Life
1 sb Sos lada hitam Life
1 sb Mayonis

Bahan B:
1 sk Worcestershire Sauce
1 sk kicap manis Jalen
1 sk serbuk lada putih
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk kari daging

Kaedah:
1. Panaskan kuali. Sapukan selapis margerin pada roti yang telah dibelah dua. Bakar sebentar bahagian yang dipotong, di atas kuali hingga sedikit perang. Angkat dan ketepikan.
2. Sapukan selapis margerin pada daging dan masak dalam kuali yang sama. (Mel tak sapukan margerin pada kuali, jadi mel sapu pada daging}
3. Apabila daging lembut, cucuk sedikit dengan pisau. Tabur sedikit bahan B di atas daging yang telah lembut tadi. Biarkan sebentar, kemudian balikkan daging. 
4. Cucuk lagi daging yagn telah dibalikkan dengan pisau dan tabur sekali lagi lebihan bahan B keatasnya. Masak hingga daging burger masak. Angkat dan ketepikan
5. Menggunakan kuali  dan lebihan minyak tadi, masukkan telur. Buat seperti scramble egg. Setelah masak, angkat
6. Satukan semua bahan. Roti bawah - mix vege - telur - sos lada hitam - daging - mayonis - mix vege - telur - sos cili - roti atas.
7. Sedia untuk dihidangkan.

You Might Also Like

3 comment

  1. mak oi..menggodanya homemade burger tu..telan liur la tengok..nak jugak!!! huhu..

    ReplyDelete
  2. Bnyk isi2nya tu...klau kedai x dpt cmni kot...

    ReplyDelete
  3. Tgg burger mil jd terliur.sbb dah lama x mkn kot...akk biasa order je..hihii
    Ptg td dah komen kat sini tp bila dah lps baru perasan guna acc gmail hubby pulak..sory ye..

    ReplyDelete