DAGING

Rendang Daging Istimewa

9:35 AM


Assalamualaikum. Masih dalam mood Syawal lagi. Kot-kot ada yang nak merendang, boleh cuba resepi ni juga. Mel buat masa Syawal pertama. Alhamdulillah licin dengna jayanya. Duk ulang makan saja dengan ketupat. Sedap

Rendang Daging Istimewa
Sumber: yatie

Bahan-Bahan
1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
1/2 cawan cili kisar
2 cawan santan (sedikit pekat)
2 sudu besar kerisik
1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak masak utk menumis

Bahan Kisar Basah
5 biji bawang merah
1 labu bwng besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 batang serai - di hiris halus dan kisar

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 batang serai - diketuk

Bahan Disangai dan Dikisar Kering
3 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak
Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..

You Might Also Like

2 comment

  1. mmg sedap mkn dgn ketupat. lemang pun sedap jugak, tp hb tak berapa suka lemang.

    ReplyDelete
  2. Bila buatnya ni Mel...rajin merendang...:)

    ReplyDelete