KUIH

Talam Kastard Jagung

8:36 AM


Assalamualaikum. Kebiasaannya mel memang bersenam pagi2 jadi bila tak bersenam ni badan jadi lesu, sakit2 dan lenguh. Itu yang bawa ke demam tu. Jadi petang2 jogging kejap lepas sedikan juadah berbuka. Alhamdulillah kejap saja selesema, batuk dan demam tu kebah. Kalau nak cuba, janganlah extreme sangat ye bersenam. Bersederhana.

Alhamdulillah mencuba talam kastard jagung ni beberapa hari lepas. Resepi asal 2 lapis tapi mel buat selapis saja. Bahagian bawah. Kalau nak buat, pastikan ramai yang nak makan atau boleh sedekah pada jiran tetangga. Kalau tak, memang tak habis nanti. Mel buat 1/2 adunan pun dapat banyak. Tapi memang sedap. uhuu

Talam Kastard Jagung
Sumber: yatie

Bahan-Bahan:-
(loyang 10 inci)


1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara Menyediakan:
1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan. - mel blend dan tapis
3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. 

4. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
5. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik

You Might Also Like

3 comment

  1. salam mel,

    menawan sangat kaler talam kastad tu, memang membuka selera..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mel sedapnya klu dijadikan juadah berbuka puasa..

    ReplyDelete
  3. cntik berkilat warna puding nya mel..
    betul tu, bln puasa kalau buat byk agihkn pd jran.sama sama merasa.

    ReplyDelete