KUDAPAN

Kacang Tojin Goreng

11:45 PM


Assalamualaikum. Hujan lebat di luar rumah. Sejuk bukan main. Kebetulan line internet laju, mel update menu mudah. Sebagai kudapan saat bersantai. Licin dah pun, makan sambil borak2 tak sedar dah habis sebalang. InsyaAllah buat lagi esok lusa  ^^

Kacang Tojin Goreng
Resepi: mel

Bahan2:-
200 g kacang tojin
*2 ulas bawang putih
*2 in halia (*Tumbuk)
1 tangkai daun kari - lurut daun
2 sb tepung beras
2 sb serbuk cili
2 sb serbuk kari
Garam secukupnya
Minyak gorengan
Air rebusan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kacang. Biarkan seketika hingga masak. Matikan api dan toskan kacang.
2. Gaul kacang bersama bahan tumbuk (*). tepung beras, serbuk cili, serbuk kari dan garam. Sebatikan. Masukkan dalam peti ais dan perap dalam 15 - 30 min.
3. Goreng keemasan dalam minyak terendam. Setelah hampir masak, masukkan daun kari. Kacau rata sebelum diangkat. 
4. Angkat. Jika rasa kurang garam, boleh taburkan sedikit garam sebelum dimakan. Hidang 

*Tips: Kacang harus direbus dahulu agar tidak berminyak setelah digoreng. Terima kasih kepada bekas pembantu rumah mel yang bagi tips berguna ni.


You Might Also Like

5 comment

  1. 1st time dgr...kacang tojin kacang mcm mana?

    ReplyDelete
  2. salam mel..

    memang best ni buat kudapan depan tv..x sedar sebalang habis dimakan..hehe..

    ReplyDelete
  3. Salam mel....

    tun dh boleh masuk dapur skrg!!!! hahahha... hepi... tp kalau bau ikan muntah lagi.. kui kui..

    ape??? kacang tojinnnn???? hahhahahaaha.... are u sure tu nama dlm ic dia? hihi

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya kacang tanah tanpa kulit sebenarnya tapi mel amik nama dari tanah seberang itu yang dapat nama tu. Nak buh nama sebenar jadi kacang tanah tanpa kulit goreng giteww..penng kejap dengar nama...uhuu

    ReplyDelete
  5. ni lebih sebotol pon xsedar dikunyah ni....

    ReplyDelete