Short Trip ke Bangi

4:51 PM

Assalamualaikum. Sabtu lepas kami berdua terbang ke Bangi dan pulang ke Bintulu keesokan harinya, hari Ahad. Pergi atas urusan peribadi yang sangat panjang kalau diterangkan..hihi. Juga alhamdulillah dapat bertemu 2 mata dengan bakal adik ipar (insyaAllah).

Oleh kerana tibanya di bangi agak petang, jadi kami hanya sempat shopping di Mines, mencari hotel di Bangi dan bersuai kenal masa dinner. Alhamdulillah lepas Maghrib, dapat juga tempat mengisi perut di Sungai Ramal Food Junction. Orang memang sangatlah ramai, tapi alhamdulillah nasib menyebelahi kami, sampai2 je ada tempat duduk.


Aku dan hubby memesan Burger Bakar Abang Burn, Mee Bandung dan Jus Epal. Adik aku memesan Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah, Limau Suam dan bakal adik ipar pesan burger dengan jus oren. Alhamdulillah semua licin. Mulanya nak memesan Satay Willy tapi barisan terlalu panjang. Terpaksa batalkan hasrat walau dapat review baik dari adik aku. Lain kali insyaAllah. Tang burger aku suka daging nya, cukup rasa. Mee bandung pula sangatlah sedap. Sama juga dengan nasi lemak kukus adik aku, semua memang sedap2 belaka. Tak cukup dengan tu, aku pesan pula otak2, memang sedap juga.

Esok paginya niat nak membeli keropok lekor untuk dibawa pulang ke Bintulu tapi gerai baru di'setup' seawal jam 8 pagi tu. Penerbangan jam 10 pagi, jadi terpaksa melupakan hasrat untuk membelinya. Kami tapau nasi kerabu, laksam dan juga sengkuang calit sebagai bekal dalam kereta ke KLIA. Sedap juga, RM2 sepotong.

Setibanya di KLIA, hujan renyai. Sengkuang calit sudah dihabiskan dalam kereta. Jumpa saja tempat duduk, kami berdua menjamu selera nasi kerabu yang dibungkus sebelum daftar masuk. Memang sudah lama tak makan nasi bungkus (hati gumbira). Laksam pula aku makan setibanya di Bintulu. Sedap juga ^^.


Alhamdulillah, walaupun pergi dua hari saja, dapat juga sedikit pengalaman baru dan mengeratkan silaturrahim. Penat masih terasa. Dapat merasai makanan yang sedap2. Ini kalau duduk di Bangi mau boleh gemuk. Mau makan kedai saja. Tq juga kepada Luq atas kemurahan hati bawa kami jalan2 dan belanja makan. InsyaAllah panjang umur kami datang lagi.

Oh ya, dalam kegembiraan kita sehari2, jangan lupa berdoa semoga pesawat MH370 ditemui dan semua penumpang serta anak kapal berada dalam sejahtera. Hentikan spekulasi mahupun menyebar info yang tidak benar. Jika tidak boleh membantu, jangan burukkan keadaan, berdiam diri lagi baik. Jagalah 'Lidah Moden" anda.- prayformh370 -

You Might Also Like

6 comment

  1. sy kadang2 x faham kenapa ramai nak jadi penyampai yg paling cepat kononnya & nak kondem org aje.Pay for MH370..

    ReplyDelete
  2. [fazianbatrisyia] - Tula kak, saya baca je tapi nak share/comment, takut2 nanti muflis kat akhirat. Dek kerana tak jaga 'lidah moden' ni. Nak jadi keyboard warrior senang, tapi nanti nak jawab kat depan Allah, senang ke tak? uhuu
    - muhasabah diri-

    ReplyDelete
  3. sedapnya makan burger bakar..sya sukakan rasanya..

    ReplyDelete
  4. sedap... penah makn burger bakar abg burn kat sek 7, shah alam


    segmen : sihat bersama SHAKLEE dilanjutkan sehingga 30 mac 2014. jom MENANG ALFALFA ....

    http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/2014/03/segmen-sihat-bersama-shaklee-tempoh.html

    ReplyDelete
  5. mee bandung tu..lamanya tak makan. Betul mel, kak lin pun kalau dok malaysia jawabnya tak leh nak jawab dah la..hehe

    ReplyDelete
  6. Ingtkan Mel blik smnnjung...rupanya blik kjap je ye...

    ReplyDelete