Assalamualaikum. Oleh kerana cuaca sangat panas 2-3 minggu lepas, kebanyakan pokok pisang mati. Ada yang berbuah tapi tak membesar dengan baik. Pokok kunyit dan cekur pun hampir mati kekeringan. Alhamdulillah hujan dalam minggu ni, ada yang renyai dan ada juga yang lebat. Moga elok kembalilah keadaan semua tanaman.
Menjamu laksam tengahari tadi. Sebelum ni buat mesti fail tang laksamnya. Nak gulung patah sana sini. Bila dah buat banyak kali ni dah tahu punca/sebabnya jadi begitu. Laksam tu tak dikukus dengan lama, jadi tak cukup masak. Itu yang takleh gulung cantik tu. uhuu
Resepi laksamnya sama saja dengan yang laksam sebelum ni. Cuma kali ni kuahnya mel letak lengkuas dan serai. Dan sambal cilinya mel tak letak belacan. InsyaAllah akan buat lagi setelah jumpa ikan segar. Kelmarin pergi pasar, rupa ikan macam minta jangan beli je..Kejung!! hahaha
Kuah Laksam
Resepi: AN
Bahan bahan : ( untuk 4-5 orang makan)
5 ekor Ikan saiz sederhana ( pilihan kami ikan selayang, tenggiri atau kembong)
1/2 kg santan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia - mel letak 1'
lengkuas - mel letak 1'
lada hitam - mel letak 2 sb
1 batang serai - titik (mel tambah)
garam dan gula
3-4 asam keping
Cara memasak:
1. Mula mula rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam.
2. kisarkan isi ikan dengan santan. Dah hancur, masukkan bawang dan halia.
3. Asam keping yang diguna tadi, jangan buang tau, guna yang sama untuk masak kuah nanti. Masukkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk berserta bawang halia tadi. Masukkan juga lada hitam yang telah dipecah pecahkan.
4. Kalau lkorang tak suka kuahnya berwarna gelap, ada petua yang saya terbaca yang menyuruh kisarkan lada hitam bersama dengan isi ikan.. terpulanglah
5. Semasa didihkan kuah ni, masukkan juga lengkuas dan serai yang diketuk ke dalam periuk. Ini tujuannya untuk hilangkan bau hanyir ikan. Kalau takada lengkuas, alternatifnya ialah batang serai....
6. Dah mendidih tu, korang rasalah, tambah garam, gula, air atau asam ikut kesukaan rasa anda. Dah masak tu sila keluarkan lengkuas ye.. Jangan biarkan terendam terus dalam periuk...

6 comment
alolo..comei nye sudu...geram pulak acu tegok laksam ni...
ReplyDeletesalam mel..
ReplyDeleteterliurnya tengok laksam tu..sedap ni kalau dapat makan..
Bestnya. Akak buat sekali je ada yang cantik ada yang pecah. Mel lguna tudung periuk ke
ReplyDeletesedapnya ..rajin ke dapur ye. klu mama lynn masak 2 hari je dlm seminggu
ReplyDelete[ Suzie ] - mel guna loyang. Letak minyak 1sk setiap kali nak kukus. Takde tudung periuk.. Kerja jenis pindah randah ni, tak boleh bawa banyak barang..penuh kontena.uhuu
ReplyDeletesedappppnya!
ReplyDeletedulu ade try buat mi laksam tu dgn ibu
susahhhhh. asyik melekat kat pan, pehtu cepat koyak :(