Kelas Memasak

9:37 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah semalam dapat belajar sedikit teknik2 memasak dan 4 resepi dari chef ni. Kelas ni anjuran company, jadi free saja. Terbuka untuk para isteri staf dan executive sahaja. Buatnya pun di kawasan parking, jiran depan rumah mel ni saja. Info disebarluas hari Isnin dan hari Rabu kelasnya. Macam bidan terjun juga. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Oleh kerana chef ni berstatus GM, jadi paginya tu dia bekerja. Ada taklimat untuk para pekerja. Dalam jam 5 petang bermula demonstrasi, lepas maghrib semua sudah menjamu selera. Kalau sekali pandang, macam bangsa cina gitu. Tapi bukan ye, bangsa Melayu dan sudah naik haji pun. Masa demonstrasi mudah nak faham dan chef memang friendly. Boleh layari fan page dia untuk maklumat lanjut --> Facebook

Ketam masak cili ni memang menjadi rebutan ramai. Sangatlah sedap. Siap tambah lagi u. Sayur park choy ni pun sedap. Semua sedaplah!

Hidangan ketiga adalah ayam masak merah (ayam masak sultana). Hidangan yang sesuai untuk kenduri kendara mahupun dijamu pada tetamu saat lebaran. Seterusnya kari kepala ikan. Memang tidak menggunakan santan langsung. Memang kami meratah saja. Resepi insyaAllah menyusul kemudian.

Syukur alhamdulillah di samping makan free, dapat belajar ilmu masakan juga rapatkan silaturrahim. Tapi yang penting sesuatu yang mel belajar ialah, kalau kita sukakan sesuatu tu, teruskan usaha mencapainya. Macam chef ni, walau dah jadi GM tapi keghairahan dia terhadap bidang masakan, membolehkan dia menjadi hebat dalam kedua2 bidang engineering dan masakan.

Mulai sekarang, jangan malas2 lagi! hihi

You Might Also Like

5 comment

  1. besnya mel....nanti kongsi resepi ye

    ReplyDelete
  2. [ fazianbatrisyia ] - insyaAllah. tunggu resepi di email kembali oleh chef ^^

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya..ketam tu menggoda betul la..aih, lapar terus tengok ni..hihi..

    ReplyDelete
  4. as salam melin...dah lama tak bertandang ke sini..
    seronok tu dpt tambah skill memasak...

    ReplyDelete