RESEPI

Kerang Berapi

5:52 PM

Assalamualaikum. Entri lewat petang. Mel ni bukan tak makan kerang, tapi lama dah tak makan. Jadi bila ada depan mata, tak berapa menjadi pilihan untuk dimakan. Itu hari hubby teringin makan tapi tak tahu nak masak apa. Pernah masak sambal tapi kerangnya tak segar jadi rasanya faham2 sajalah.

Alhamdulillah, hidangan ini sangatlah sedap. Mula2 rasa dulu, lepas tu memang meratah lah saja. Tapi memang pedas berapi! Makin pedas, makin nak lagi. Kalau tak letak daun sup dan daun kunyit, hubby tak berapa gemar. Rasanya agak biasa tapi bila letak daun sup dan daun kunyit, ia menjadi hidangan yang disukainya. InsyaAllah akan buat lagi

Oh ya, resepi ni kombinasi dua resepi. Satu di blog dan satu di group masakan FB. Terima kasih pada kedua2nya!

Kerang Berapi

Bahan-bahan :-
1 kg kerang
*1 cm halia
*4 ulas bawang putih
 
*1 ulas bawang merah kecil
*10 tangkai cili api
*1 in kunyit hidup (*tumbuk)
1 batang serai - titik 
5 sudu makan sos tiram
3 helai daun saderi dan daun sup - mel letak daun sup sahaja
1 helai daun kunyit - hiris nipis
sesudu minyak makan


Cara-cara :-
1. Kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih. Rebus skit kerang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk(*) serta serai hingga garing.

3. Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun sup, daun kunyit dan saderi.

You Might Also Like

6 comment

  1. Assalamualaikum mel...lama x masak kerang..teruja pulak nmpk kerang berapi mel ni....

    ReplyDelete
  2. Salam Mel...sedapnya kerang berapi ni....kak fiza semua jenis masakan kerang semua kak fiza suka....masa preggy anak no 2 tu blh kata tiap2 mlm mesti makan kerang rebus cicah sos....lepas ni blh try la kerang berapi ni...kalau beli selalunya rebus biasa ja...cicah air asam atau sos....kak fiza sambil taip ni dah telan air liur dah...sedapnya Mel...

    ReplyDelete
  3. yeayyy...menu sama....sesekali dpt kerang mmg best. FIL tak layan sgt benda bercengkerang ni kecuali ketam. MIL suka, anak2 suka.

    ReplyDelete
  4. dah lama juga akk x masak kerang..nmpak mnjilat jari..akk pun suka klu masak buh daun kunyit

    ReplyDelete
  5. salam mel..

    wow, menariknya menu kerang tu..sedap ni..sya suka makan kerang..terliurnya.

    ReplyDelete