AYAM

Sup Ayam Hadnyai

10:42 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alahai minggu ni mood berblogging langsung tiada. Jalan2 tengok blog orang je. Kalau dulu 2-3 kali sehari boleh update blog. Ai tak bz u tapi sakit 'M' dah sampai, apepun tak mau buat.. Nak menjahit pun ai buat tak pandang je benang jarum semua. Alhamdulillah mood memasak tak surut2. Kalau tidak, tak berasap la dapur pabila sakit 'M' tu menyerang mood memasak. uhu

Sup ayam ni minggu lepas masak.
Memang terbaik!
Masa memasak...slurppp..slurpp...arhh..enaknya
Cayalah kata den, memang kena cuba..hihii

Mel ubah sikit penyusunan resepi untuk memudahkan rujukan mel akan datang.
Tq empunya resepi!



Sup Ayam Hadnyai 
Resepi: Myr

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
Sebelah ayam dipotong-potong
 
7 cm lengkuas - ihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya
5 batang serai - ditumbuk untuk pecahkan
 
Daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Bahan tumbuk (lumat)
3 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah
3 biji cabai
4 cm halia

Bahan kisar
2 sudu besar ketumbar 
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih

Rempah tumis
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 ketul kayu manis
3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara
1. Tumiskan rempah tumis, bahan tumbuk, bahan kisar,  lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup..

You Might Also Like

5 comment

  1. same hereeee... sangat amat malasss... blk kem isnin aritu, keje nyer membuta je. sakit badan yu.. masak pon cincai2 je.. bekfes mkn nestum.. huhu...
    sup ayam hadnyai ni mmg sedap. dh byk kali buat.

    ReplyDelete
  2. fazianbatrisyia >> Jadi tinja sudah..hihi

    tun_telani >> u malas2 pun ada gak bekfes, ai kalau dah malas terus lunch je..bekfes dibawa angin..kuikui

    ReplyDelete
  3. Akk pun menjak habis syawal byk betul M nya, badan pun tak berapa nk sihat..stil masak tp simple2 je..
    Sedap sup2 mcm ni...hadnyai mari..

    ReplyDelete
  4. Rohah >> Mel pun kalau boleh nak masak simple2 je tapi tekak ni nak yang pelik2. Kita jalan2 g hadnyai cari sup..heheheee

    ReplyDelete