Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Hailam Menyengat

12:22 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hubby telah selamat berlepas ke Kuching, ada sedikit urusan kerja di sana. Bintulu hujan lebat katanya.. Cuaca luar rumah ni mendung saja. Harapnya hujanlah nanti. Tuan rumah tak berapa sihat, pening2 kepala dek kerana pil yang dicuba baru nak sesuaikan dengan badan. Pil apa? Nanti aku up entry special untuk pil tu. Harapnya pil tu dapat buat aku kembali sihat. Tapi pil tu kan ubat, yang bagi sembuhnya Allah. InshaAllah diizinkan Tuhan, berjaya nanti. Kalau sakit pun ok, sebab bila sakit, latih diri untuk sabar. Dah sakit, kalau sabar baru Allah ampunkan dosa. Tak gitu?

Melalut dah aku cerita pasal pil. Kita layan resepi last week. Aku masak untuk hubby. Sampai kuahnya habis dihirup. Memang menyengatlah sedapnya. Aku guna mee siput saja, daging memang guna daging batang pinang. Peminat mee di luar sana, kena cuba ya!


Mee Hailam Menyengat
Sumber : masammanis

Bahan-bahan:-
Daging - Di hiris nipis dan di cuci bersih
Ita cadangkan menggunakan daging batang pinang supaya kita tak perlu merebus
Jika menggunakan daging biasa rebus dahulu daging hingga empuk air rebusan jangan di buang kita gunakan untuk menambahkan, dan memaniskan kuah

10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya
1 labu bawang besar - di cincang halus
2 ulas bawang kecil - di cincang halus
2 ulas bawang putih - di cincang halus yang ni ita tambah
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
lobak - dihiris
2 mangkuk air - kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam - secukup rasa

Bahan yang di makan bersama:-
Mee kuning kasar secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk - jika suka



Cara:-
1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
2. Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk. Kalau air kurang, tambahkan air lagi

3. Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap. Biar mendidih sekejap
4. Masukkan udang.
5. Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. 
6. Bila sudah agak pekat, tutup apinya. Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.

You Might Also Like

4 comment

  1. daripada hari tu cam teringat2 nak makan mee hailam...lama x dapat...kalau rajin nak cuba

    ReplyDelete
  2. fazianbatrisyia:-
    kalau dah teringat2 kena cuba masak tuh..kang bawa ke mimpi nun ^^

    ReplyDelete
  3. nampak sedapnya..tq for the recipe..mesti cuba ni.. :)

    ReplyDelete
  4. Betul Melin, sakit merupakn ujian dr Allah utk mengangkat darjat kita...br prasan yg akk dah lama x mkn mee hailam

    ReplyDelete