Sewing

DIY: Pillow Cover

10:03 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Rumah aku ni banyak bantal kecil2 tapi tak bersarung. Bantal2 ni aku buat masa majlis kahwin aku dulu, bila pindah Sarawak aku angkut sekali dalam kontena. Itupun kat rumah mak masih berbaki 3-4 bj. Ada hari tu hubby tanya, bantal ni takde sarung ke? Bukan aku takmo buat tapi material sik ada. Taula, aku ni duk dalam hutan, mana nak cari kain ela kan. Ada pun sedikit je lebihan beli belah last year kat nagoya. Bulan Mac hari tu balik Johor tak sempatnya aku nak beli. Alhamdulillah ada juga lebihan untuk aku buat sarung bantal.

Bahan2:- Kain, gunting, pen penanda, measuring tape, pin, benang, mesin jahit, button (xde dlm pic) & bantal.

Jahit bahagian hujung kain agar tak terburai2. Aku jahit bahagian hujung atas dan bawah sahaja. Kiri kanan aku tak jahit sebab memang akan berada di bhgn dalam.

Bahagian dalam kain:- Lipat kain dan biarkan ada kelegaan sedikit di tengah2 (Hujung kain tak bercantum). Saiz bergantung pada besar mana bantal anda, dan banyak mana kelegaan yang anda mahu. Jahit di kedua2 bahagian tepi (kiri & kanan).

Bahagian luar:- Rupa luar kain yang telah dijahit di bahagian dalam tadi. Saiz bantal ni dalam 36x36cm dan kelegaan dalam 10cm.

Dah siap jahit, jika suka boleh letak butang sebagai kemasan. Butang ni aku tak tampal tapi jahit. Alhamdulillah siap sudah sarung bantal. Bila disarung, jadilah bantal senyum. ewahhh.

You Might Also Like

0 comment