Apa Kata Anda?

Rokok!

8:25 AM


Assalamualaikum. Melihatkan status facebook ni, teringat zaman muda-muda. Bukan nak cerita tentang soal cinta atau teman lelaki dulu tapi aku ni dulu kalau berkawan, benda kedua aku tengok selepas solat adalah rokok! Rokok memainkan peranan penting sebab dengan rokok boleh tengok seseorang itu menghormati orang lain ke tak.

Sebab itu aku akan tanya/selidik samada merokok ke tak. Kalau merokok, harus ku reject terus dari list bakal suami. Belum jadi suami, bolehlah pilih2, kalau dah jadi suami guane nak ngelak kan. Boleh gitu? (Eceh..macam ramai sangat nak kat ko sampai leh reject2 orang. Kalau dah jodoh dgn perokok, nak wat cne). Tapi alhamdulillah doa aku termakbul, Allah kurniakan suami yang tak merokok. Bukan ape, aku dah tengok kesan dari merokok ni dalam rumah aku sendiri. Bila dah ada pengalaman buruk berkaitan rokok ni, jadi perangai aku pun terdidik untuk menjauhi perokok.

Bapak aku perokok tegar. Dari belasan tahun sampai 30 tahun lebih jadi perokok tegar. Orang yang merokok ni badannya berbau, mak aku la kata. Aku mana tau bau badan orang lain kan selain suami aku sendiri. Aku pantang betul di restaurant, tengah2 makan ada asap rokok. Putus selera aku! Tapi alhamdulillah bapak aku dah berhenti merokok sebab sakit mulut sampai tak boleh makan beberapa tahun lepas.

Sekarang dalam rumah mak aku memang takkan ada asap rokok. Walaupun adik ipar dan abg ipar aku merokok tapi tidak dibenarkan merokok dalam rumah. Adik perempuan bongsu aku (10 tahun) akan tegur sesiapa yang merokok dalam rumah bahawa merokok tu salah, merokok tu tak boleh. Bagus juga pendidikan di sekolah ajar benda sebegini. Mak aku memang akan batuk2 bila ada asap rokok. Bukan batuk biasa, tapi batuk teruk seharian. Sian kat mak aku. Jadi aku dah letakkan syarat kalau rasa kesian pada mak jangan merokok dalam rumah. Aku ni orang yang tegas, jadi alhamdulillah semua ikut kata aku tak merokok dalam rumah.

Bagi yang nak kahwin tu, kalau boleh terima orang yang merokok, teruskanlah hubungan anda. Tapi kalau rasa2 tak boleh terima carilah yang lain. Kalau malas cari lain dan fikir lepas kahwin boleh ubah/tegur suami anda, maka pertimbangkan semula. Kita ni nak ubah diri kita pun payah, inikan nak ubah sikap dan tabiat orang lain kan?

You Might Also Like

3 comment

  1. husband sy mmg perokok tegar. sy tak kisah sgt cos dia mmg dr dulu dah merokok cuma sbg isteri nasihat gitu2 je la. xnk la sebab rokok ni x btegur sapa suami isteri cuma seboleh2nya klau suami merokok sy x nk ddk dkat... hehe asap rokok tu lagi merbahaya

    ReplyDelete
  2. nasib si passive smoker.. kawan kat opis ada masalah dgn paru2 dia pasal ayah & somi dia perokok tegar. malangnya dia yg kena. Sian kan? alhamdulillah isi rumah hakak bersih..tak de asap2 yg tak berperikemanusiaan ni ;-)

    ReplyDelete
  3. lynn kamarul ::- Betul tu, kena duk jauh2.

    Kak lin ::- Kasihan pada kawan kak lin tu. Tak pela, sakit tu penghapus dosa, moga dia diberi kekuatan. Kita ni kena ambil pengajaranlah duk jauh2 dari para perokok sekalian..hihi

    ReplyDelete