TTC

Kesuburan Lelaki

6:44 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hari ni pembantu rumah aku dah mulakan kerja setelah hampir 2 minggu cuti. Cuti sebab masuk hosp badan kurang air. Dia tak tahu dia mengandung, tetiba ada satu hari tu, minta balik tak tahan muntah katanya. Rupanya pregnant! Nasib baik aku tak suruh buat kerja berat hari2 sebelumnya. Kandungan baru nak masuk 2 bulan. Aku tengok dia pagi ni datang kerja, happy saja. Aku pun turut happy. Seronok betul tengok perempuan pregnant. Macam bercahaya gitewww. Aku inshaAllah ada rezeki menyusullah nanti, doakan yang terbaik..Amin

Last month hubby buat sperm test. Alhamdulillah keputusannya normal. Kos RM115+ tak termasuk doctor fee. Bayaran bergantung kepada hosp, ada hosp murah je, dan ada yang mahal. Sperm test ni bertujuan untuk mengetahui keadaan sperma lelaki atau dalam erti kata lain kesuburan lelaki. Sama ada normal atau sebaliknya. Ada 3 aspek yang diambil kira iaitu jumlah sperma (sperma count), keadaan/bentuk sperma (morphology) dan pergerakan/larian sperma (motility). Kalau kuantiti banyak tapi tak berkualiti, ia tak ok. Sama juga kalau berkualiti tapi kuantiti sedikit pun kurang elok juga. Dalam erti kata lain kualiti dan kuantiti mesti seimbang. Doktor tu la kata sambil tunjuk result sperm test tu.

Biasanya kita dengar si isteri akan amalkan apa jua makanan, minuman atau cara yang terbaik untuk hamil. Contohnya luminglow, biodex atau macam2 lagi la. Ada juga yang kuruskan badan untuk dapatkan berat yang ideal agar boleh pregnant. Kali ni doktor tu syorkan pemakanan untuk suami pula. 1st time aku dengar ni. Mestilah kena adil kan, baru seronok usaha sama2. hihi

Proxeed plus ~ Supports normal sperm development, fertility and reproduction.
1 kotak ada 30 sachets. Untuk permulaan doktor bagi 2 kotak di minum sehari 2x selama sebulan. After sebulan pemakanan, buat sekali lagi sperm test. Sebaiknya amalkan proxeed plus ini 3 bulan berturut-turut. Masa nak keluar dari bilik doktor tu, dia siap pesan lagi 'Bulan ni u mesti kena pregnant'.. Ewahhh doktor ni, macam aku boleh cakap kat rahim, bulan ni pregnant ye..Ayat ni aku cakap dalam hati jela, sempat melawak pula doktor ni. Kami gelak jela dengar doktor tu kata gitu.

Maklumat lanjut atau sesiapa yang rasa nak beli boleh layari Facebook Proxeed Plus Malaysia.
Btw produk ni dari Italy, aku beli 2 kotak harga RM600+.
Semoga usaha kita membuahkan hasil. InshaAllah. Amin

You Might Also Like

0 comment