NASI

Nasi Goreng Tomyam

9:59 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dah nak hujung minggu. Sabtu ni nak jumpa seseorang, ada sedikit urusan jual beli ingin dijalankan. Harapnya berjalan lancar. Kepada yang nak balik mengundi, sudahkah memohon cuti? Sudahkah membeli tiket bus atau flight mahupun memeriksa kenderaan peribadi? Kami berdua tak balik. Majoriti orang Semenanjung di sini tak balik sebab mereka semua dah balik cuti sekolah hari tu. Kalau nak balik kena fikir anak nak sekolah lagi, kos pengangkutan lagi. Tengok orang mengundi saja la jawabnya di Bintulu.

Cakaplah apa saja tentang masakan tomyam semua aku suka. Dulu pes tomyam tahu buat tomyam campur/sayur je. Sekarang2 macam2 masakan boleh dibuat menggunakan pes tomyam. Paling selalu aku buat selain dari tomyam sayur adalah daging goreng kaprau, sedap sangat! Tak sangka pes tomyam boleh dimasak dengan daging dan hasilkan rasa yang istimewa. Buat nasi goreng selalu dah, cuma tak pernah nak tayang. Nasi goreng adalah hidangan yang paling senang tatkala hubby tiada dan mood memasak pun ke laut. Boleh cenggitu? Nak buat pun tak rumit, inshaAllah sedap.

Nasi Goreng Tomyam
Resepi: melinblossom

Bahan:-
2 cawan nasi putih
1/2 bj bawang besar - hiris
1 batang serai - hiris/cincang
3 bj cili padi - ketuk
2 helai daun limau purut
1 sb pes tomyam Adabi
2 sb cili kisar
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb kicap
Mix vege - kubis, carrot
Sedikit batang saleri
Hiasan - daun sup, bawang goreng

Kaedah:-
1. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan serai, cili padi, pes tomyam dan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan daun limau purut. Kacau hingga ayam masak
4. Kemudian masukkan mix vege, saleri dan nasi. Gaul sebati
5. Perasakan garam dan hiasa dengan daun sup dan bawang goreng
6. Hidangkan bersama ayam goreng, timun atau keropok

**Boleh tambah dengan ayam, udang dan sotong. Aku tak berapa suka udang/sotong dalam nasi goreng sebab tu tak letak. Memandangkan aku dah buat ayam goreng, jadi tak masukkan sekali masa goreng nasi**

You Might Also Like

1 comment

  1. Salam mel.... hubby dh ada kt umah ke tu? tun kelaparan nih, sikit punye pemalas nk masak, dh 2 hari mkn cornflakes bekfes and dinner, lunch mkn merepek2.. hahhahahaha.. x senonoh kan? :p
    tumpang mkn nasi goreng sedap gak nih. malas nk masak nasi sbb kalu masak sikit2 sure kerak je lebih nih.

    ReplyDelete