Agama Islam

Part II | Sayangkan anak, tanya-tanyakan!

3:22 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Bersambung di bahagian kedua bagi tajuk 'Sayangkan anak, tanya-tanyakan'. Ya aku memang belum punya anak. Harapanku agar apa jua ilmu yang ku kongsi dapat ku guna satu hari nanti mahupun boleh bagi panduan untuk sesiapa yang memerlukan dalam mendidik anak dan keluarga. Bila dengar penceramah bagi ceramah, diri ini rasa sangatlah jahil, banyak sangat ilmu yang kurang. Jadi sangatlah banyak ilmu yang perlu dipelajari, jadi mungkin itu salah satu sebab Allah beri rezeki anak tu lambat, biar kami suami isteri menuntut ilmu banyak2. Ya Allah berilah kami kekuatan untuk menimba ilmu dan mengamalkan apa yang kami pelajari. Amin.


Bagaimana nak zahirkan rasa kasih sayang terhadap anak2. Ada 5 bahasa kasih sayang:
a) Melalui sentuhan | Pabila menyentuh anak2, ada anak2 x rasa suatu sentuhan itu adalah tanda ibubapa sayangkan mereka
b) Masa | Ibu bapa harus meluangkan masa dengan anak2
c) Aktiviti bersama anak2
d) Hadiah | Beri penghargaan dan hadiah pada anak2
e) Khidmat | Apa yang kita buat dalama membantu mereka selesaikan masalah

Jika anak2 tidak merasa kasih sayang, anak2:
a) Susah nak disiplinkan kerana anak2 merasa dirinya diketepikan.
b) Tidak akan bertingkahlaku dengan baik
c) Liar
d) Susah untuk membina rasa kasih sayang terhadap Rasulullah dan Allah s.w.t

Kasih sayang dalam diri anak2 adalah asas sebelum dapat membina rasa kasih terhadap Rasulullah dan juga Allah s.w.t. Tiada istilah anak akan spoil akibat kasih sayang. Anak2 akan spoil/rosak jika anak kurang dibimbing, dilatih atau diberi pendidikan. Jika anak buat salah sebagai ibubapa jangan berdiam diri tetapi kita jaga maruah dia. Anak adalah duta ibubapa. Bimbing dengan penuh kasih sayang.

Jika kita punya ibubapa yang melebihkan anak lain dari diri kita, sebagai anak apa perlu dilakukan?
Adalah payah sebagai individu nak ubah orang, tapi mudah untuk kita ubah diri sendiri. Tunjuk dan beri kasih sayang kepada ibubapa bermula dari diri sendiri. Harus diingat Allah s.w.t akan tanya tanggungjawab kita apa yang kita lakukan sebagai anak. Fikir apa yang kita boleh beri atau sumbangkan. Kita tak nak bila Allah tanya nanti kita tak tahu nak jawab macamana. Kita harus memberi hak yang sepatutnya kepada ibu bapa mahupun keluarga kita walau apapun yang mereka buat.

Bagaimana tangani anak yg berbohong?
Kebiasaannya anak berbohong kerana anak tak nak hilang kasih sayang kita, mereka tak mahu kasih sayang kita berbelah bahagi. Contohnya anak menipu tentang isu ambil barang tanpa bagitahu. Ibubapa harus membimbing anak ini.

a) Sebagai ibubapa harus fokus pada sikap anak yang bercakap bohong. "Umi tak marah awak ambil barang tapi umi marah awak cakap bohong".

b) Jika anak menjawab "Saya pinjam je bukan saya ambil" walhal anak itu memang mengambil barang tersebut. Ajar anak dengan restructure ayat. Ajar anak "Umi saya minta maaf, saya buat silap. InsyaAllah lepas ini saya akan cakap dan minta izin".

Anak ini bila dah biasa cakap bohong, jadi dia akan terbiasa dan asyik nak cakap bohong saja. Ibubapa kena mainkan peranan dengan restructure ayat anak2.
Cara terbaik untuk mendidik anak2 guna cara Islam adalah dengan guna cara Rasulullah s.a.w. Penuhi mereka 7 tahun ke bawah dengan kasih sayang. Sayangkan anak tanya-tanyakan!
~ Ustazah Isfadiah Dasuki

bersambung.... 

You Might Also Like

0 comment