B.a.n.j.i.r

10:28 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hari Sabtu lepas banjir di kawasan rumah. Sepanjang aku duk sini baru setahun, ni kali pertama banjir. Barangkali disebabkan ribut sonamu yang membawa hujan lebat. Rumah mak aku di Johor memang tak pernah banjir jadi aku tak tahu bagaimana perasaan ditimpa musibah banjir. Ku khabarkan pada mak aku, mak aku tanya stok makanan ada tak? Syukur stok makanan masih berbaki hasil shopping last week.

Banjir ni sebenarnya tak kena pada rumah tapi satu2nya jalan keluar masuk rumah aku ni banjir. Hujan dari Maghrib sampai ke Subuh je tapi boleh sebabkan banjir. Air tak la dalam mana tapi pergi kerja terpaksa naik lori sebab motor/kereta memang tak boleh lalu. Alhamdulillah sekarang banjir dah pulih cuma jalan agak teruk. Hujan masih turun tak berhenti, kalau tak pun mendung saja, matahari masih malu2 nak keluar. Kebarangkalian untuk banjir berlaku masih ada. Apapun alhamdulillah tiada sebarang kecelakaan menimpa.


You Might Also Like

2 comment

  1. Salam mel.. thn ni ganu banjir teruk.. umah kat kampung naik air smp ke tangga paling atas, nasib baik umah tinggi, tu pun sikit lg nk baik ke dapur, air paras pinggang. org lain susah hati banjir, tun sedih hati sbb xdpt main banjir kat kampung.. kui kui.. terukkan.
    bintulu x banjir, mendung manjang tp hujan kdg2 je. semoga cepat surut air tu. hati2 jgn main air banjir ye, nmpk mcm laju arus dia tu.

    ReplyDelete
  2. Rumah hubby kat tganu pun banjir gak tapi tak tinggi la.Tun ni mesti kaki main air banjir ni...hihi

    ReplyDelete