Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Siput Jawa

2:30 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Mee jawa ni buat petang semalam untuk hidangan petang. Kenyang makan, sedap sangat resepi ni. Dah la sedap, mudah amat nak buat. Last kami makan 2 tahun lepas di Teluk Panglima Garang, di kawasan hub Proton sebelum berhijrah ke Btu ni. Kitaorang masa tu memang return customer, kalau shopping di Jusco Bukit Tinggi, memang akan singgah kedai makan belah kiri ni. Sekarang pun, kalau ada peluang, jalan2 di GM Klang ke, memang nak sangat makan lagi. Dulu kedai ni jam 6 petang dah buka, sekarang tak tahula. Aku doa-doa je la ada rezeki makan lagi..^^

Sejak berhijrah di Btu, aku sekali pun tak pernah makan/beli mee kuning. Hubby tak bagi beli mee kuning yang dijual sebab unsur ragu2 siapa yang buat, sebab tiada label orang yang buat samada Melayu dsb. Hari tu dengar ceramah, ustaz kata ada juga orang proses bebola ikan/daging menggunakan mesin yang sama dengan mesin proses daging khinzir. Kalau ada orang melayu jual atau sekurang2nya ada label melayu yang buat, mungkin belilah, tapi ni takde label langsung, jadi cner tu? Ker aku tak jumpa mee yang ada label? Disebabkan ragu2, hubby kata baik jangan beli. Mana2 yang boleh elak, kami elakkan beli/makan. Sebab itu bila pindah sini, kerana selalu rasa ragu2, banyak makanan aku belajar buat sendiri. So, terpulanglah pada individu ya, lain orang lain caranya. Biasanya aku balik semenanjung baru aku beli mee kuning, tapi itulah tak tahan lama. Tapi alhamdulillah ada alternatif baru dengan beli mee siput. Mee siput ni ayah aku belikan bulan 11 tahun lepas, baru tergerak hati nak buat dan alhamdulillah boleh simpan lama. Dan yang paling best, rasa mee ni memang sedap. Aku tak pernah cari ada ke tak mee siput ni di Btu, jadi terpaksa import lagi dari semenanjung..hihi

Mee Jawa
Resepi: myr
Sumber: melinblossom

Bahan-bahan ( 20 org. ):-

 35-40 tangkai cili kering (ikutlah kepedasan yg diingini)
2 biji bawang besar(jika kecil ltk 3)
1 labu bawang putih (+-10 ulas)
halia muda - sebesar ibujari
3 btg serai diketuk (harus saja))
*2 sudu mkn jintan manis
*1 sudu mkn jintan putih
12 biji buah pelaga (ni wajib)
1/2 kg daging lembu - hiris & rebus empuk. simpan air rebusannya.
#1/2 kg udang basah (elok yg besar skit +- jari manis) - buang kulit & kepala
#1/2 cwn tepung gandum(50 g)
1/2 sudu mkn asam jawa extra
4 @ 5 sudu mkn mmbukit gula pasir (maaf..memang ltk banyak gula yer..)
3 bungkus mee kuning (1 1/2 kg) - dicelur
akseseri cm besa sprti sawi celur, telur rebus,daging rebus, tauhu goreng, tauge, cili potong, hirisan cekodok udang. (sme ni harus je..)
bawang goreng & hirisan daun sup (wajib)
limau kasturi @ limau nipis(wajib gak)


Cara-cara:-

1. Blend cili kering(mstilah dh buang bj & cuci kn..), bawang besar, putih & halia.
2. Tumbuk jintan2 atau dimesin kering sj - ketepikan.
3. Panaskn 2 senduk minyak, tumis cili mesin td brsama serai hingga pecah minyak.
4. Then masukkan jintan2 & buah pelaga, tumis sehingga..
5. Then masukkan 2 cwn air, biar mendidih dlm 3 minit. terus MATIKAN API. tambahkan 4 cwn air sambil dikacau - biar sejuk dulu.
6. Bancuh tepung dgn 3 cwn air, lalu diblend bersama udang hingga halus. udang lebih untung guna yg kasar coz yg kecil, bila dh dibuang kulit skit je dptnyer. kena double kan timbangannyer pula nanti. sterusnya campurkn ia bersama bhn yg ditumis td. masukkan juga air rebusan daging. kacau sebati.
7. Pasang balik api dapur, sentiasa kacau hingga mendidih. masukkan gula, asam jawa n garam. suaikan rasanya. ia memang agk manis, (x mcm mee kari ,bandung,hailam.) nama pon mee jawa kan...hehe..
8. Agak2 lah kepekatannyer yer. tambah air jika pekat sgt. tp, jgn lah terlalu cair plak. utk sukatan di atas, menghasilkan kuah dlm hampir penuh dlm periuk 24 cm, tinggi 10 cm.
9. Bila dah mendidih beberapa minit, boleh lah tutup api. x perlu didihkn lama2 coz, kita akan panaskn lagi, setiap kali nak hidangkan.
10.Seterusnya.. bubuh mee ke dalam pinggan, tabur bahan2 sampingan, lalu dicurahkan kuahnya panas2. mee ni kena bubuh bawang goreng lebih, baru naik aromanyer. limau msti bubuh untuk balancekn manis kuah. kuah mesti belinang, x bleh lecat2 saje.. ni memang cara menghidangnyer..

11. Kuah bleh dibuat banyak & dibekukan dlm freezer. bila nk guna juz didihkan semula.  

::: Mee siput tu, aku rendam dalam air mendidih 5-7 minit sehingga lembut. Macam lembutkan spaghetti. 

You Might Also Like

0 comment