Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Kari Laksa ala Cina

10:05 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dah nak habis dah bulan Januari. Cepat na masa berlalu. Apa yang terjadi masa depan kita tak tahu tapi yang penting apa yang kita buat pada hari ini menentukan kedudukan kita di masa hadapan. Semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan untuk mendapatkan redha Allah.

Perkongsian setiap hidangan diharap dapat dijadikan panduan masa depan. Untuk diri sendiri, anak2 mahupun keluarga. Kami ni balik kampung, rumah MIL/FIL setahun 1@2 kali je, jadi belajar banyak2 resepi, bila balik kampung boleh hidangkan pada keluarga pula. Seronok bila tengok ada yang bertambah nasi bila makan. hihi

Jumaat minggu lepas aku dah buat Laksa Terengganu yang sangat sedap tu, minggu ni aku buat Kari Laksa ala Cina pula dari blog Tun yang duduk satu tempat tapi tak pernah bersua muka. ehe. Tiap2 minggu makan laksa kami ni. Hubby pun layan saja, sedap juga katanya. Licin hubby makan cuma tauhu pok tu diletak tepi pinggan, hubby memang tak makan segala adik beradik tauhu ni. Syukur aku ni suka sangat tauhu, jadi akulah tolong perabih. Nasib baik aku bukan dalam status berpantang atau beranak ke, kalau tak terpaksalah ku lihat je orang makan laksa. hehehe

Kari Laksa ala Cina
Resepi: Chef Sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Sumber: Tun Telani

Bahan2:

Bahan A
• 2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
• 6 cwn air
• 1/2 cwn minyak masak - tun kurangkn dan guna olive oil
• 2 cwn santan

Bahan B
• 1/2 labu bawang besar
• 1 inch halia
• 1 btg serai
• 2 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili kering - tun guna 2 sb cili boh
• 1/4 cwn udang kering

Bahan C
• 3 ekor udang - xde stok
• 2 sudu makan isi kerang - aku tak letak sebab tak makan
• 3 bj bebola ikan

Bahan D
• 1 inch kulit kayu manis
• 1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
• 15 helai daun kari

Bahan F
• 2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
• 1 bj telur rebus
• 2 sb hirisan timun
• 1 bj tauhu pok - tun letak banyak
• 1 tangkai daun sup
• 1 sk bawang goreng

Cara2:
• Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
• Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
• Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
• Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
• Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
• Tabur bawang goreng dan daun sup.

You Might Also Like

2 comment

  1. salam mel ^^ hihi.. ha'ah.. xpenah bertemu muka. dh mel duk jauh sangat, kalau duk dekat2 ngan bandar blh gi lepak sama2 ;)

    ReplyDelete
  2. wsalam tun..mungkin time raya leh kenal2..hihi

    ReplyDelete