AYAM

Nasi Lemak & Rendang Ayam Cili Padi Pedas

10:44 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Nasi lemak lagi? Tekak aku ni makan nasi lemak tiap2 hari pun ok. Pagi petang siang malam pun no hal.. Gandingan kali ni dengan rendang ayam cili padi yang pedas dan juga sambal goreng jawa. Jadi tiada kacang ke, ikan bilis mahupun timun. Hidangan ni untuk dinner jadi mahu kelainan sikit. Aku suka sangat ayam rendang dimasak cili padi.. Memang sedap sangat! Well, tekak jawa katakan, memang suka apa jua hidangan yang pedas. Nasi lemak dan sambal goreng jawa dah biasa buat, resepi pun pernah publish.. Jadi ulang tayang sahaja.

Rendang Ayam Cili Padi Pedas
Resepi: anyambakul

Bahan :-
Ayam separuh - potong kecik2
4 bj bawang merah*
2 ulas bawang putih*
seketol kecik kunyit hidup*
10-20bj cili padi*
2inci lengkuas*
2inci halia*
4btg serai di racik halus*
1sudu kecil belacan*

3 sb cili kisar* - aku tambah
Sedikit gula - aku tambah
1 kotak kecik santan (boleh kurangkan if nk kurangkan lemak :p)
3gelas air
kerisik
2 keping asam keping 


(semua yg bertanda * di blend skaligus)
 
Kaedah:-

1. Blend semua bahan yang bertanda, tumiskan bahan2 ni sampai pecah minyak
2. Msukkan garam, perasa, ayam, gaul sampai sebati
3. Tuangkan santan dan air, masak smpai pekat kuah, masukkan asam keping, kerisik, gaul 
4.Bila dah agak2 'suka' dengan kepekatan kuah yang dikehendaki, taburkan daun kunyit & daun limau purut yang diracik2 halus, dalam 5minit lagi, boleh tutup api, hidangkan 



Nasi Lemak
Sumber: nasi lemak lover@melinblossom
 
Ingredients 
4cups rice (I use Thai fragrant rice)
150ml coconut milk
550ml water
5pcs pandan leaves (screwpine leaves)
1 and 1/2 tsp salt or to taste
1” ginger, shredded

Method
1. Place washed rice, salt and knotted pandan leaves in an electric rice cooker.
2. Pour coconut milk, water,ginger and salt over the rice and leave to soak for 30mins (make it more fluffy).
3. Cook the rice.Once “cooking” button auto switched to “keep warm” button. Then fluff the rice with a fork or chopsticks.
4. Leave it warm in the rice cooker before serve.

Sambal Goreng Jawa
Sumber: melinblossom

 
Bahan-bahan:-
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 bj cili merah -hiris

3 bj cili kering - potong serong
1 bj kentang - potong panjang dan goreng seketika
1 keping tempe - potong nipis dan digoreng garing
2 batang kacang panjang - potong serong
1/2 cawan ikan bilis - goreng seketika
4-5 sb kicap - boleh letak lebih jika suka
Sedikit soon - Rendam semalaman
1 keping Fucuk - Rendam semalaman
Garam

Kaedah:-
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah dalam sedikit minyak hingga naik aroma.
2. Masukkan ikan bilis, soon dan fucuk. Kacau
3. Masukkan kicap. Kacau
4. Masukkan kentang, tempe, kacang panjang. Gaul sebati
5. Sesuaikan rasa
6. Hidang



You Might Also Like

1 comment

  1. Lap2....air liurku meleleh...hihi
    Salam kenal : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete