بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Kadang2 bila mencari resepi terjumpa resepi yang pelik2 bahannya. Terfikir bagaimanalah orang ni dapat cipta/hasilkan resepi yang pelik bahannya tapi sedap. Orang yang baru berjinak2 dengan bidang masakan ni mestilah banyak tak tahu, banyak lagi nak kena belajar. Nak pandai memasak semuanya melibatkan pengalaman dan masa yang digunakan untuk mencuba pelbagai resepi. Tak lupa ilmu pengetahuan tentang kombinasi bahan yang sesuai pun sangat penting. Contohnya halia atau lengkuas, sesuai digandingkan bersama atau tidak. Kang tak matching tak sedap pula masakan. Semuanya kena belajar. Aku rasa belajar memasak ni tak rugi. Kalau tak sedap, kena cuba lagi. Jamu keluarga/orang makan sedap2, perut orang kenyang, kita pun senang hati.
Kagum! Itu je aku nak cakap pasal resepi ni. Amatlah mudah sekali nak masak. Cukup mudah sediakan bahan2nya. Masa makan memang tak terasa ada rencah tomyam dalamnya. Masa menghidang hubby siap ratah dulu sebab baunya harum menarik perhatian. Sedap! Itulah yang terbit dari mulut hubby. Licin makan malam tadi. Sedapnya ya ampunn tak usah cakap lah.. Dengan adanya selasih, memang enak. Korang wajib cuba resepi ni. Aku guna daging batang pinang yang bawa dari Semanjung hari tu, memang tak liat dan sedap je meratah.
Resepi: Kak Jee
DAGING GORENG KAPRAU
BAHAN2:
250 g daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam
cili api diketuk2 - aku letak 10bj
1 bj cili besar hijau - aku tambah
2 labu bawang besar (dibelah 8 dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
daun selasih
CARA:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
Seumur hidup aku tak pernah tengok selasih segar macamana. Inilah kali pertama tengok pokok selasih. Masak guna selasih kering pernahlah. Nasib baik maid aku ni rajin, semua pokok dia tanam keliling rumah. Hidup subur pula tu, pandai betul! Daun kari ni biasa jumpa lah kan. Tapi aku nak story pasal selasih ni, harum betul. Subur hidup tepi rumah. Lengkuas pula memang banyak belakang rumah ni. Mak aku kata lengkuas ni masak apa pun sedap sebab lengkuasnya warna merah. Wangi je. Aku kalau tanam apa pun semua mati, tanam kaktus yang tak perlu jaga tu pun boleh mati. Inikan nak tanam pokok sayuran. Ke aku yang tak reti? Hahaha
0 comment