Selamat Hari Raya Aidilfitri

2:20 PM


Assalamualaikum.

Dugaan balik berhari raya:-
1. Kerani hubby salah tempah baggage weight menyebabkan tak boleh bawa barang banyak-banyak dari semenanjung. Nak bawa balik daging, kepok lekor, kain cotton and macam-macam lagila yang memang berat-berat. Adoi!!!

2. Hubby hampir kehilangan dompet sewaktu pulang dari berbuka puasa. Risau sangat-sangat masa ni. Yang penting IC, kad nikah and lesen memandu. Kalau kad bank tu boleh terus call bank tapi yang tiga ni memang pening kalau hilang. Kebetulan hb memang tak suka letak duit dalam wallet, jadi ada RM50 je duit dalam wallet masa tu. Tapi alhamdulillah ada pengawal terjumpa jatuh tepi jambatan malam tu. Sampai sekarang tak tahu macamana boleh jatuh.


3. Setelah dinasihati oleh ramai orang, kami buat keputusan untuk tido hotel malam ni. Ada staff yang hampir tertinggal flight gara-gara ada masalah dalam perjalanan ke Bintulu. Tak boleh bertolak esok pagi. Jalan Bintulu-Miri ni macam-macam boleh jadi. Lagi-lagi perjalanan kami mengambil masa hampir 2jam. Yang utama bila terpaksa tempuh deretan kenderaan esp lori balak. Jalan dahlah 2 lane saja dan yang memburukkan keadaan bila lampu jalan memang langsung takde. Kalau ada kenderaan rosak, memang tutup 1 lane. Selekoh dan bukit memang banyak, nak memotong memang tak nampak. Bila hujan lagilah bahaya, jalan gelap, kadang-kadang tak nampak selekoh tu ke kiri atau ke kanan. So, sebagai langkah keselamatan and untuk mengelakkan tertinggal flight, lepas berbuka petang ni kami akan bertolak tido di hotel. Sekarang tengah duk fikir nak buat makanan apa sebagai bekalan untuk sahur esok pagi sebab tak pasti ada kedai tak buka seawal 2-3pagi.


Last but not least Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Semoga Allah memanjangkan umur kita dan dipertemukan lagi di ramadan akan datang. InsyaAllah

p.s: Memandangkan setelah pulangnya ke kampung akan busy membuat lemang ketupat kuih raya semua, so ni entri terakhir sebelum Syawal!

You Might Also Like

0 comment