Apa Kata Anda?

Respon dari pihak Gardenia Bakeries!

4:14 PM


Assalamualaikum.

Hari tu aku 'ter'hantar email pada pihak gardenia.
Bila aku kata 'ter' bermaksud aku tak kisah atau ambil peduli pun hal ni.
Dalam erti kata lain, saja nak hantar.

Lagipun macam-macam jawapan yang aku dapat bila soalan tentang produk ni ku tanya orang di sini.
Dari aku dengar cakap orang yang entahkan betul entahkan tidak, baik aku tanya sendiri.
Sekarang fakta sebenar sudah ku tahu.

Aku taklah taksub dengan produk keluaran Gardenia ni, cuma sudah terbiasa makan.
Kadang-kadang datang mood malas nak buat sarapan, so roti ini lah jadi hidangan pengisi perut pagi-pagi.
Bila dah takde jual ni, terpaksalah cari alternatif lain.

Samada buat sendiri, beli roti jenama lain atau tunggu nak balik Semenanjung baru beli.
Jangan tak tahu, ramai orang kat tempat aku ni borong roti Gardenia banyak-banyak bila balik dari Semenanjung. Orang tempatan siap ada yang pesan suruh beli lagi banyak2 lagi.
Itu menandakan produk ni memang disukai ramai.. cewahhh..

Bukanlah aku nak cakap roti keluaran Gardenia je bagus, mungkin ada produk jenama lain pun bagus tapi lidah kan lain-lain, aku suka Gardenia, mungkin korang ada yang tak suka k. Manusia ni mana ada yang sama.

Apapun, hikmah di sebalik ketiadaan produk Gardenia kat tempat aku ni, aku belajar buat roti sendiri!
Bagus juga, kalau tak entah sampai bila pun aku tak tahu buat roti sendiri!

Apapun terima kasihlah sebab jawab email aku!

You Might Also Like

0 comment