Sewing

Blind Hem Stitching

9:51 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Mesin jahit NV50 ni boleh juga menjahit blind hem stitching ataupun dalam bahasa melayu dipanggil jahit sembat susup (rasanya lah). Ala kalau jahit baju kurung tu, biasanya kita jahit manual di bahagian hujung lengan atau bahagian hujung bawah baju. Sekarang tak perlu jahit secara manual dah, guna mesin jahit saja. Senang kerja dan cepat!!

Bagi NV50 penggunaan Tapak R diperlukan (diberi percuma semasa beli mesin) .
Pattern: No 14 atau no 15. Mel guna no 14 dengan setting seperti gambar di atas. Boleh ubah ikut kesesuaian anda.

1. Bahagian hujung lengan perlu dijahit tepi sebelum memulakan jahitan (Gambar bahagian dalam lengan).
2. Lipat ke dalam hujung lengan mengikut panjang akhir yang anda mahu. Pinkan
3. Lipat ke luar bahagian yang telah dilipat tadi. Pinkan

4. Setelah tapak dipasang, pastikan kedudukan bahagian guide tapak sentiasa berada seperti dalam rajah semasa proses menjahit berlangsung.
5. Jahit seperti biasa sambil jarum ditanggalkan semasa menjahit.

6. Hasil akhir. Gambar bahagian dalam lupa nak ambil ^^

p.s: Kalau tak biasa, kena try-error guna kain perca dulu!!

You Might Also Like

2 comment