TTC

Beli Kurma & Kismis Online!

10:38 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, kurma dan kismis yang dibeli online telah sampai di tangan. Entri ni memang tak leh tunggu esok coz esok seharian memang takde kat depan lappy.hihi..Dek kerana entri Tips Mendapat Zuriat mendapat sambutan, mel nak share pembelian kurma online. Yela, mungkin antara kita yang berusaha nak dapatkan zuriat, bolehla tahu macamana nak beli kurma sebelum bulan puasa datang kan. Tahukah anda, kurma boleh dibeli sebelum bulan Ramadhan dan boleh dibeli secara online? Lama dah tak makan kurma. Last makan puasa tahun lepas rasanya keluaran Yusof Taiyoob. Bila dah ada depan mata, sangatla seronok coz sangat teringin k makan kurma. Mula-mula ragu-ragu gak nak beli coz mana pernah beli barang makanan online. Tapi ramai kata kurma takkan rosak. Dah alang-alang nak beli kurma, belilah kismis sekali. Sekaligus je beli senang, duit pos pun jimat. ^_^

Kurma Tangkai Mehr Super Selected | RM 17 | 1 kotak/500g

 Golden Raisin Super Select Iran | RM38 | 1 kotak/1kg


 Bagi yang nak beli kurma dan kismis ni boleh layari di bawah ye. Servis memang tip top k!! Memang tak rugi beli. Murah sama macam pasaran ketika bulan puasa. Untuk dapatkan susu kambing segar/asli, boleh juga dapatkan di web berikut.

Kurma & Kismis : Kurmamehr
Susu Kambing Asli : Nubian Goat

Semoga suami isteri yang masih berusaha nak dapatkan zuriat tu, dimurahkan rezeki nanti dapat anak. InsyaAllah, aku juga doakan perkara yang sama untuk kami berdua. Sama-sama lah kita berusaha dan tawakal. Sesungguhnya perancangan Allah lagi terbaik dari perancangan kita manusia biasa. Amin

Update 14 Jan 2013: Sesiapa yang duduk di daerah segamat boleh beli kurma di Kedai Zamzam

You Might Also Like

0 comment